28 May 2011

Nak Pesan Sikit . . .



Perempuan/wanita jangan cakap berlapik lapik sangat dengan lelaki.


Kerana mereka takkan faham apa yang kita nak sampai kan.


Sifat semulajadi wanita, suka menyampaikan sesuatu dengan berlapik lapik. Susah nak cakap berterus terang.


Sedangkan sifat lelaki, suka dengar dan buat kesimpulan sepintas lalu, tanpa memikirkan secara mendalam.


Wanita sukakan sesuatu yang remeh temeh. Sangat sensitif.


Lelaki, lebih tepat dan pantas.


Oleh itu, kalau korang nak cakap dengan lelaki, tolonglah jangan berangan nak cakap berlapik. Cakap je terus terang, jangan malu2. Kalau malu, kau rugi!


Kite dah penah baca dah bende nih, tapi serius kite tak percaya sangat.


Kite ni memang jenis suke ckp berlapik2 kebanyakannya. Yelah, malu nak minta terus terang. Contohnya. . . .


"malam ni sate kmall"


"ermm.... minyak dah berkelip kelip"


"nak beli rantai ni"


"tudung ni cantikkan?"


"tadi sebelum balik, tak sempat makan"




Haaaa..... Semua di atas, jangan amalkan yer, sebabnya kalau kau orang dapat pasangan yang kurang memahami bahasa bunga bungaan atau kiasan nih, memang penat lah kau tunggu!


Bagi lelaki di luar sana. maksud ayat di atas adalah . . . .



"malam ni sate kmall"
Jom (blanje) makan sate dekat kmall!


"ermm.... minyak dah berkelip kelip"
Tolong isikan minyak.


"nak beli rantai ni"
Belikan saya rantai ni.


"tudung ni cantikkan?"
Kan best kalau awak belikan tudung nih.


"tadi sebelum balik, tak sempat makan"
Nak makan.


Hurmm...... Di atas, contoh contoh ayat kiasan atau lapik lapik. . . . 


Elakkan lah.


Kerana lelaki memang tak faham dan takkan pernah faham dan tak mungkin akan faham.


Jangan ingat lelaki sama macam wanita. 


Hati naluri mereka sangat sangat berbeza dengan kita.


Kita mungki boleh memohon maaf dan memaafkan dengan mudah.


Tetapi tidak bagi mereka. Mohon maaf pun susah, memaafkan pun susah.


(Yang tu tambahan)


(Sambungan) Ermm......  Sebab tulah boleh timbulnya pelbagai pertanyaan, atau kekadang ketidakhirauan.


Jadi, kalian jangan lah terlalu mengambil hati atau menyalahkan mereka. Kerana itu memang sifat semulajadi mereka.


Jadi, sila salahkan diri anda sendiri, sebab itu memang salah kita kerana tidak memahami naluri seorang lelaki yang tidak sukakan bahasa kiasan.


Sekian.


Sila ambil iktibar.


Bagi lelaki dan wanita.


Wassalam.


Selamat Malam.

27 May 2011

Jangan Ikutkan Hati Dan Perasaan.



Kalau pun kite marah macamana pun, janganlah ikutkan hati dan perasaan melampau lampau sangat.



Memang semua orang mempunyai emosi masing masing, dan masing masing juga berhak melepaskan kemarahan, jangan dipendamkan, nanti pasti lebih tertekan.



Tetapi, kite harus bijak mengawal emosi dan perasaan. Bawak berbincang secara baik. Apa yang berlaku atas kehendakNya, atas ujianNya. Kita hanya merancang, Allah menentukan segala.



Berkata kata yang baik dengan mereka yang patut kita patuhi, yang Allah katakan bahawa mereka itu patut kita patuhi, jangan biasakan diri mengeluarkan kata kata kesat.



Penuhkan ilmu di dada dengan pelajaran pelajaran tentang kehidupan, perbanyakkan membaca untuk memantapkan iman.

 

Kita sebagai hambaNya, hanya mampu berserah setelah berusaha.



Jangan terlalu mengejar dunia. Hidup berpada pada, bukan sehingga mahu menjadi kaya raya, kelak kita akan melupakanNya.


Semua yang dilihat, yang didengar, adalah pelajaran untuk hari esok, untuk hari mendatang.



"Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hambaMu ini dalam melalui liku liku hidup dan ujian ujian yang telah Kau tuliskan kepadaku. Kau kuatkanlah iman ku supaya redha dalam menerima dugaanMu. Aku mahu menjadi umatMu yang terpuji, jauhkanlah aku dari sifat yang dikeji. Ampunkanlah dosa dosa ku Ya Allah".



T_T


Sedih.


Pilu.


Hiba.


Sayu.


Terkedu.




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Harapanku, agar kalian sentiasa bahagia. Mantapkan iman kalian, menghadap Yang Esa. Sentiasa mengadu kepadaNya. 



Ku harap, daku lebih kuat.






Kite : Maaf, entry agak berterabur, mengikutkan perasaan yang bercelaru.
* semua di atas sebagai peringatan untuk diri sendiri.

25 May 2011

Pencarian Model ButiKafe




Berita baik untuk wanita di luar sana ! ! !



Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini tentang syarat syarat penyertaan! =D





SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

 ( telah di tag oleh Khuzie Rahena )



Contest best dengan HADIAH The BEST! =D


Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)
 


Bawah nih gambor yang kite nak pertaruhkan ! . . . . . .  HAHA (sile gelak besor, sebab kite rase macam poyo jerk!) =p  orang nak gambor senyum, pi taruh gambor peace! pekehe? =.='





 



 Ceria tak? Ceria tak??? Kalau korang rase macam tak cukup ceria, korang jangan tenung lelame! HAHA, sebab kite rase, mase nih, kite ceria sesangatnyer, and happy giler! Sebabnyer, dah lame tak keluar berdatingan dengan Encik Tu. . . . . Cerite selanjutnya, sile bace kat sane ! [ sini sini ! haha ] Lepas baca, baru korang pon akan rasa CERIA ! PERCAYA lah . . . . kasihmu lama tersulam, di ruang paling dalam, terlalu jauh tak terselam, lalalaa~



" Senyuman kite lah paling ceria (!) sebab kite berusaha nak dapatkan Polaroid Instax Mini 7s tu ! "    ( hehehe ) =D



Okeh, kat bawah nih, kengkawan kite yang jadik mangsa tag kali nih !  (mcm orang yang sama jerk  asik kene tag) =p








Kite : Syarat no. 5 kite tak paham sangat, tapi, takpe, kite bagi korang terjah entry khas daripada 3 orang kawan kite nih! =)  




 



24 May 2011

Permintaan Dari Si Anon Yang Jealous ! ( HAHA )




Assalamualaikum semua!


Sorry beb! Lama no tak hapdet! Sorry tau! Yang mana mana masuk lam nih, tengok2 entry yang sama jerk atas tuh.... Entry giveaway plak tuh! Huhuhuuu... Rasa bersalah sangat sangat ngan semua pengunjung! (ceh, macam lah ramai sangat pengunjung kan?) HAHAHAA... Sile ketawa besar yer semua! Kite tak marah . . . . . .. =p



Sebelum exam, sebuk buat soalan, dah habis exam sibuk marking pulak......... Tambahan bile dah dapat rezeki dan berita baik nih, agak sibuk mengemas pulak........



Okeh, balik kepada topik di atas, ada lah seorang hamba Allah nih, yang menggunakan nama Anonymous, dah meninggalkan jejak dan komen dalam Kate Korang (ShoutMix) kite tuh . . . . Tapi bile kite klik link die, pergi kat Shoutmix kite jugak =.=' poning den!


Alaaaaa... Kalau dah namanya Anon, mana lah tahu siapakan? Hehehee... 1st time kot wujud Anon dalam kehidupan berblogging kite selama nih!    Hehehee...... =p


Apepon, kite ucapkan terimakasih banyak banyak sangat kat Anon nih! Sebab sentiasa jengah blog kite dan tak keberatan baca entry kite! Sayang kamu lah Anon! Heheheee. . . . . ..


Haaa... Permintaan beliau berbunyi begini . . . . .







Komen beliau timbul berkaitan entry ini ---> [ tekan sini ]


Heheheee . . . . .. Maaflah sayang sayang ku sekalian, kite rase macam tak perlu jerk letak gambar Encik Tu... lam entry tu kot! Hahahahaaa............ (ketawa jahat nih) Yelah.... Camne nak letak, kalau die yang tukang amik gambo kite kan??? Hahahaa......... (alasan jek nih)


Tapi kan, kite rase kan, kite cam kenal lah Si Anon nih..... Hahahaa.... Owhh..... Anon nak kite letak gambor Encik Tu... eh? Nanti kite letak ehhhhh............... Tungguuuuuu.............................. Ade entry khas nanti tau! =D







Kite :  Sampai hati mu Anon, kate kite nih  jaga market ehhh?!   Siotttt je ek! =p    (wekssssssss!)

23 May 2011

" Giveaway from Moscow by Miszlullaby"



SYARAT-SYARAT:


1)Buat satu entry bertajuk " Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
- done

2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar.
- dah ader.

3)Be my FOLLOWER.
- sudah follow =)

4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang.
- dah masuk dalam Si Jelite! =D

5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW.
- aliarosli
- MamaCyda
- azie fazieda
- bunga
- Kak Chah

6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah.
- jap lagi eh =p







Mintak Tolong Like =)

Assalamualaikum . . .

Ni Sticky Post tau sampai 29 May 2011 jerk.

Kite nak mintak tolong jasa baik dari korang sumer, yang bertandang ke Blog KatekateKite nih....
untuk LIKE kite dalam 'Show Your Style' Contest nih!

Cara die senang jerk! 
  1. LIKE ErnieKhairina collections FB Page nih. <--- klik pada text pink nih
  2. Pergi Album  'Show Your Style' Contest atau klik saja pada text pink tu.
  3. Dan LIKE pada gambar nombor 62 atau yang ni . . . . . .  
LIKE tau!



Kite : Terimakasih semua! Sayang korang! =D

20 May 2011

Hari Bahagia Tanpa Shawl Lilit Lilit Di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah.

( saje buat tajuk pepanjang.haha )


 Ini Sabtu lepas punyer cite lagi . . .


Eh salah! Bukan Sabtu lah.... Ahad..... Ahad lepas, Encik Tu... ajak pi Melaka, wah! suke! hahahaa.....


Die nak ajak nek mende nih sebenarnyer . . . .
Ni kite gi ngan femli, bulan lepas.

Tapi.... ntah kenapa, haritu malas nak melilit lilit membelit belit shawl, so  kite decide pakai tudung lama ni hah! Eh! Tak lama kan? Rasanya, tudung ni macam tak lapuk dek zaman kot, ceh nak nyedapkan hati gituw! =p






Ingat nak kua awal lam kol10, 11, tapi mak tak kasik, macam macam alasan. Mak suh siapkan jahit dulu lah, mak kate jerebu, tak elok kua, lg pon dah nak tengahari, panas, mcm2 lah.


Jadiknyer, sempat lah jugak kite menyiapkan baju sikit =D


Lepas Zohor, baru kua, itu ini itu ini dah kol3 baru gerak dari umah.



Lokasi pertama yang dituju - Botanical Garden ! Nak naik menatang buggy nih =p



Haaa..... Ni nak habaq mai kat hampa tau, masuk sini memang tak payah bayar, tapi naik buggy tu kene bayar. Ade single seater, two seater, 4 seater, 6 seater, and ade automatic bicycle jugak!


Naik menatang buggy 2 seater ni memang lembab macam kure kure, sebab tu lah akak kite edit gambor kat atas sana tu, die tulis situ 'Kure Kure Dalam Hutan', memang lambat! Kalau yang 4 seater tu, lajuuuuuu...... bicycle pon lajuuuuu.......


Harga semua berbeza, Dari RM18 - RM40>


Dalam Taman Botanikal ni takde apa apa pon sebenarnyer, just best nek buggy tu jerk, hutannn je, and ade la sikit sikit tempat replika binatang dalam kisah kisah tauladan, macam Kura Kura dan Arnab, Sang Kancil dan Buaya.






Taman Botanikal nih kat sebelah Taman Buaya je..... So, lokasi seterusnya, Taman Buaya . . . .






Tapi just amik gambo je, malas nak masuk, memang tak pernah masuk pon, tapi rasa mcm takde pape yang menarik jerk, so kite berposing jelah yer =p


Lepas singgah Taman Buaya tu, pi Zoo Melaka pulak! Teringin nak masuk Night Zoo! Tengok2 Night Zoo hanya bukak Sabtu malam Ahad, atau malam sebelum cuti umum. tak dapat masuk, petang tutup kol 6pm, kami smpai pon dah 530pm kat situ =.='


Then, destinasi seterusnya, pi Taman Seribu Bunga, dalam ni ada banyakkkkkkk sangat bunga dan tumbuhan2 yang selalu ditanam kat taman, Tutup pukol 630 pm. masuk tak payah bayar. Ok lah, jalan jalan jalan jalan je lam nih saambil cuci cuci mata tengok pemandangan hijau, Best! Seronok bergambar jerk lah! =D









 


 

 Dalam Taman Seribu Bunga nih ada 2 air pancut, ada Air Bumi (perigi) ,ada rumah lama, tapi tak berani nak masuk lam rumah ni, cam menakutkan, so bergambo kat tangga jelah! =p


Lepas tu kitorang pusing kat Kampung Morten jap, then gi makan kat Mc Donald Dataran Pahlawan. Taktau nak makan kat mana yang special.


Sesape yang rasa nak pi tu, pi lah! Best lah kat Melaka nih, macam macam tempat korang leh pegi, kalau pegi dari pagi sampai malam pon tak habis jalan kot! Tu belum pegi pantai lagi, nek River Cruise lagi, belom nek Menara Taming Sari, belom pegi Muzium, belum panjat Bukit St. Paul, macam macam lagi lah kalau nak senaraikan kat sini! =D









Kite : Selalu sangat dah pi Melaka nih, maklumlah dekat sebelah Muar je kan? Tapi tak boring lagi kot! =p

** Sorry banyak gambar, besar besar lak tu, lambat dh nak loading =.='

Half Cup !



Hari ni jaga exam pukol 8 pagi, so kene datang awal. (Biasanya keje start kol9)


Jadik nyer kite sampai2 je opis tros amik soalan exam and naik classroom laju2 untuk susun kertas kat atas meja sumer.


Memang tak sempat nak breakfast lah! Dalam classroom, perut berbunyik2 lapar. Sambil jaga exam tu, sambil bermesej mesej dengan Adik and Bakal Biras. =p


Adik mintak duit nak balik petang ni, nak tolong mak ayah menyawit esok. So, lepas habis exam tu, kite teros pi bank kat depan kolej je pun. Sebelum tu pi kafe sat nak tengok apa ada. Biasalah kafe tu, hari hari pon sama. Makan yang sama, tapi tengok nasi lemak macam berselera lah jugak, ok lah, lepas pi bank kang, balik kolej, bleh la tapau nasi lemak.


Kebetulan bank kat depan kedai makan (MAINS). Dah alang alang kat situ, pi lah tengok apa ada kat sana, leh ubah selera plak, slalu memang malas pi situ, sebab malas nak bejalan jauh tetengah panas terik.


Skali tengok tengok, kol10 suku tu dah kua lauk pauk untuk makan tengahari punye, pikir pikir, baiklah makan tengahari teroskan? Tak payah la nak breakfast ke apa. Tengah tengah tengok tengok lauk lauk yang best tu, akak yang sedang menghidangkan lauk tu tanya, "ye dik?"


"Erm, kak, bagi nasi 1 bungkus".


Die pon amik polisterin dan buh nasik sikit, then die tanye, "Dik, nasik separuh ke biasa?"


Eh eh ehh............. First time kot kite bli nasi org tanye nasi separuh atau biasa! Setahu kite, biasa nya depa akan isi kan nasi macam biasa kan? Kalau kite nak separuh, barulah kite akan bgtau die kan?



Gambar : Google


"Biasa kak", kite jawab. Tapi dalam hati tertanya tanya, akak ni ingat kite  ni jenis makan sikit ke ek? Ker die tengok gaya kite macam on diet? tetibe rasa badan macam cun plak! Selim melim! Hahahahaa... Perasan sungguh! =p






Kite : Dulu zaman makan siang malam, rajin mintak nasik separuh nih, tapi sekarang, malam tak makan, so nasik sentiasa penuh! Tengahari pon jarang makan, brunch jerk. (ni kalau kat sini lah, kalau kat muar, kat umah, kol 10malam pon makan! haha)

19 May 2011

Cuti cuti, Jahit Baju Raya ! =D



Ni cite hari Sabtu lepas, lagi . . .


Pagi pagi dah semangat mulakan aktiviti menjahit, target nak siapkan  3 pasang baju, tapi dapat siapkan sepasang setengah jerk! (Setengah tu, baju sahaja lah)






Yelah, baju berlining tuh... Makan masa gak nak menyiapkannya. Tu dah dikire 2 pasang dah sepatutnya, betullah! Kalau upah baju berlining, memang akan dikalikan (darab) dengan dua tau! Sebab tu lebih mahal dari baju biasa!


Okeh, Tupun makan 3hari jugak kot! Hahahaa..... Almaklumlah, belum tolak keluar dating lagik =p


Tapi seronok tau! Bile dapat buat baju sendirik, sangat berpuas hati! =D



 


Actually, ni baju raya sebenarnyer, tapi nak pakai gi keje kawen bulan 6 nih, so kite buat lah siap2! Hahaha.... Tak kisahla, raya kang pakai lagi =) Lagipon, ni dah nak dekat bulan 6, kene buat sikit sikit, kang tak kelam kabut, nak raya boleh amik tempahan, jahit baju orang pulak, kalau tangguh tangguh, kang raya tak pakai baju raya lah jawabnya! =p







 Baju ni daripada kain sari, kite beli dekat Klang, sebab tu lah kene lining, ngelip ngelip, jangan cakap lah! Segan jugaklah nak pakai gi keje kawen, tapi mak kate takpe, huhuu, pakai jelah...... Redha dan Santai! (bak kate kawan kite si Dira Salim tu) hehehee.....


Kain sari kan 6 meter, so ade lebih lagi 2meter, kite buat baju kurung moden belah tepi (baju bhai) dah pakai gi opis, semalam, tapi lupe lak nak amik gambor tayang kat sini! =p

Hahahaa..... Okeh, dah dah! Babai! Nanti nak cite pasal jalan jalan pulak! =p



Kite : Kalau ade sesape nak tempah baju, boleh PM kite kat sini okeh!  =)  Harga gerenti MURAH & BERPATUTAN! =D

18 May 2011

Mak Ade Pesan Lagi . . .



Hari Sabtu  lepas, sempena cuti hari minggu, kite curik2 mase menjahit baju, baju raya a.k.a baju pakai keje kawen =p


Tengah tengah syiok kusyuk menjahit, henpon berbunyik girang, kite pun menyahut riang! =D [haha]


Tapi, orang kat talian suara macam tak puas hati, tanya itu ini, bembukan lah! [ malas tulis sini nanti ada yang kecik ati atau terasa ati ]


Kite pon melayan dengan nafsu yang paling rendah! Nak taknak jerk, tibe part yang melampau, kite pon menjawab dengan penuh lantang!


Alih alih, lepas memutuskan talian [ untuk pengetahuan kalian, masa jawab panggilan tu kite dalam bilik jahit bersama sama mak akak adik and Adam ] mak kite pun cakap..........................


" Cemburu tu kan tandanya sayang, untung lah ada orang cemburu, ada orang sayang, die amik berat....... "


"Tapi ni cemburu melampau mak! Main tuduh tuduh, asik tanya bembukan" [ sambil wat ayat sesedih and ciri ciri tak puas hati ] =.='


Tapi, mak sangat positif! Berfikiran bersih, tak macam kite, negatif jerk, fikiran kotor, busuk! [ macam die tu jugak, haha ]


Ish, salute lah dengan mak!


Malam tu, die mesej ajak kite kua esok.


Haa.... Kan betul mak cakap! Cemburu tu tanda sayang . . . . . . . =D


Kesimpulannya, kalau die tanye bembukan, layankan je, jangan tinggi tinggi suara atau cepat melatah. Sebab die sayangkan kitelah tu die tanye bembukan, takut kite terlepas di tangan orang lain.



Baca lagi :







16 May 2011

Transformer Malaysia!

Assalamualaikum . . . 


Dah lama rasa tak mengarang tak mengarut, tak potpet potpet, tak berkatekate dalam nih!


Rindu... memang ada..... Tapi kesuntukan masa dan idea yang membantutkan segalanya.


Malam ni, nak amik kesempatan, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru/cikgu/pensyarah yang pernah mengajar kite. Kite - yang pelbagai ragam, sepanjang 12 tahun bersekolah, dan 6tahun menyambung pelajaran ke IPT.


Cikgu tadika (dulu TABIKA - Taman Bimbingan Kanak kanak) mungkin berbangga dengan kite. Cikgu darjah 1-3 mungkin juga sangat berbangga. Cikgu darjah 4-5 aduhhhh perit! serik! mengajar pelajar yang pemalas nih! huh. Cikgu darjah 6 mungkin redha dgn kehadiran student baru yang tak berapa banyak kerenah.


Tingkatan 1-3 ok ok sahaja, cikgu tak pening sangat melayan kerenah budak yang agak aktif, tak berapa pandai dan tak berapa bijak nih.


Tingakatan 4-5, cikgu pasti bengang dengan anak murid yang teruk nih! hurmmm......  =.='


Alhamdulillah, IPT yg pertama tak mendatangkan banyak masalah kepada pensyarah2. IPT kedua, ada satu  perkara yang membuatkan kite mungkin tak dapat masuk dewan peperiksaan =.='



"Minta Maaf semua cikgu dan pensyarah atas perlakuan saya, dan Terimakasih banyak kepada kalian! yang telah mendidik saya sehingga kini saya mampu mendidik orang lain. Sekaraang saya tahu, peritnya menjadi seorang pendidik. Dan betapa indahnya rasa pabila mereka berjaya! Serta sedihnya rasa bila mereka gagal!"


Kamulah yang merubah hidupku! Kamulah segalanya!  


Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.


----------------------------------------------------------------------------------





Emy, Sya, AK
antara student kite yang baru saja convo 14.05.2011
TAHNIAH kalian! ^_^









Kite : Sedih, banyak nama cikgu yg kite x ingat =.='

11 May 2011

k 0 s 0 n g

Harini penat, taktau penat pasal apa, padahal takde kelas.

Harini mood lari, taktau lari pegi mana.

Harini kepala berat, taktau berapa kilo.

Harini badan letih, taktau men sukan apa.

Harini lemau, tatau camne leh lupe tutup tupperware ketat2 kot.

Harini boring, tatau apa punca.

Harini rasa homesick sangat, tataulah padahal baru je balik.

Harini rindu rumah sangat sangat, rindu orang kat rumah, rindu nak bergelak ketawa.

Harini blog sunyi, takde idea nak update.

Haihhhhhh..........

10 May 2011

Kekasih Cemburu Buta

* Email diterima dari seorang rakan.
Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menunding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.
Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Intim minggu ini berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.
* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
* Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon berdering
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.


Kite : Cemburu boleh, tapi bertempatlah, kalau dah kate tidak, tidaklah, kalau pasangan korang pernah buat perkara yang korang tak suke sebelum ni, yang membuatkan kepercayaan korang hilang pada derang, ingatlah, mereka sedaya upaya untuk berubah ke arah kebaikan, dan telah berubah, so, tolong lah percaya, tak payah nak cemburu lebih lebih!  [huh!]

Suami Isteri, Elakkan Tinggal Berjauhan [ ! ]



Assalamualaikum . . . .



Nak wish Selamat Pagi, tapi dah terlambat, sebab tadi masuk kelas terus lepas breakfast, ni baru je habis kelas, so, Selamat Tengahari semua! =)



Tengah tengah breakfast tadi, on9 nak baca Harian Metro, tapi lembab plak, tak kua kua, dah habis kelas baru sempat baca .



Hurmmmmm.... Sedih betul baca tajuk berita 'Guru sunyi noda pelajar' tu . . . =(



Kesian betul, macamana lah boleh jadik ek? Nak salah kan siapa tu ? Guru? Isteri die? Parents student tu? Kawan die? Atau student tu sendirik?



Hurmmm.... Kalau kite jadik mak budak tu, mungkin tak bagi kot kalau pergi berdua je dgn kawan, lainlah kalau memang pusat tusyen. Kalau kite jadi student tu? Ish, kompius jugak, kenapa cikgu tu nak ajar kite sorang? Kalau kite jadik kawan die? Hurmm..... Tak terfikir kot cikgu tu nak buat camtu, sbb tu die tinggalkan. Huhu.... T_T Isteri die? Kalau kite tak keje of cos la kite tinggal sekali, kalau kite keje, dan tempat keje ni pon susah sangat nak lepaskan kite pindah ikut suami, macamana nak buat? Agak orang kat dunia ni tak faham ker hidup bekerluarga? HUH [!] Cecepatlah proses, bagi isteri isteri semua pindah tempat kerja yang berdekatan dengan suami mereka! Kalau tak, mesti tak jadi macam nih! =.='



Okeh, agak emosi disitu yer, maaf.




Ni antara potongan berita tersebut,




KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran. baca seterusnya . . . .







Kite : Harap harap tak tinggal berjauhan dengan bakal suami =(

Alhamdulillah . . . . Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari . . .



Assalamualaikum semua! . . . .



Hari ni (semalam) ada beberapa rezeki yang datang . . . Bersyukur sangat sangat kepadaNya, Pemberi dan Pembuka pintu rezeki kepada ku . . . =)



Hehehee . . . Actually, macam biasa pepagi datang office of cos lah cek email dulu.... Cek official mail dulu, then cek YahooMail plak . . .



Tapi takde papepon dalam email! Hehehee..... Then bukak FB, kantoi kat situ, kite men FB kat opis,huhu . . . Eleehhh... Macam korang pon tak buat kan? Hahahaa......



Then, macam biaselah, kalau dah cek FB tu of cos kene bukak Misslily Shop! Walaupon tak beli pape and slalu tak sempat, kite still nak bukak jugak! Tengok style2 terkini and the latest fashion! =D



Pastu apelagi, dari minggu lepas kot tertunggu tunggu keputusan MissLily Shop Blog Review nih! . . . Kite pon klik pada link blog beliau.... Tidak kusangka! dan amat terharu! Bile dinobatkan sebagai tersenarai dalam . . . . . . . . THE BEST MissLily Shop Blog Review ! tempat yang ke. . . . . .  [klik sini baru tau yang keberapa!] =D



Tapi . . . . Jangan terperanjat plak, tuan blog tersalah buh nama kite, die pi buh nama jiran blog kite, maybe terkeliru kot dengan title atas kanan tu. huhuhuu... dah tu, kite tak buh nama kite lam blog ni kan?  sape suruh? hurmmmm... menyusahkan orang betullah kite nih! =.='



Btw, terimakasih banyak banyak Mdm Lily Lilo! =D Seronok sangat sangat bile usaha membuahkan hasil yang berbaloi baloi! =D



Tu rezeki pertama. . . .  Pastu, dok IM ngan akak, die bagitahu sesuatu yang kite idam2kan dah lama dah! InsyaAllah satu hari nanti kite nak realisasikan impian kite tu! Tapi lom leh mention kat sini lagi! coz belom confirm . . . =)



And lagi satu, die (akak kite) and kawannya meng'offer' kami (kite dan encik tunang) untuk wat free pre-wedding photoshoot! Cume belom ade kesempatan nak tanya encik tunang samada die bersetuju ataupun tidak... huhuhuuu... Kite nih takot sikit nak cakap ngan die, takot die tamo, lagipon xsempat nak calling2. . . . =.=' So, akak kite kate, biar die yang bagitahu sidia! =p



"Awak, boleh eh? Jomlah . . .  . . Please . . . . .  . Nanti orang blanje awak kek birthday orang eh? hehehee........." =p





Alhamdulillah..... rezeki...... =)









Kite : Ni ker yang dikatekan rezeki nak kawen? Hahahahaa..... Harap harap lebih banyaklah rezeki datang melimpah ruah untuk kami.... leh cecepat sikit nek pelamin! x sabar dah nih! =p

09 May 2011

Pengumuman . . . Pengumuman ! ! !



Assalamualaikum . . . .







Haaaaa...... Akhirnya, Necafe + Milo atau nickname nyer NesLo, tertumpah jugak ke KatekateKite. . . . Bukan secawan NesLo ais, malah ber jag jag! Hahaha.....



Terbuka jugak pintu hati tuannyer untuk menumpang Keretapi Balik Muo tu yer! Hahahaa. . . . Ni mesti kes tiket bas dah habis boliau ataupun tayar motor kapcai beliau dah pancit! hahahaaa.......



Oleh itu, atas kesudian beliau itu, kite buatlah jugak entry nih, supaya tidah mahu beliau berkecil hati! hahahaa



Gua ikhlas nih derrrr......... =D


Thank you JIJI YU !  =p





Kite : So, lepas nih kau dah tak terlepas entry2 gua yang best meletop macam megi kari meletop memang kaw! Hahahahaa......... Walaopon gua hapdet seminggu sekali jerk! =D (dgn ko mesti cakap ber'gua', derrrr!)

Tips Memandu Laju

Assalamualaikum . . . . 


Wahhhh awal betol sampai pagi pagi Isnin!

Ingat senang ker org dari muo nih nak sampai somban awal pagi? Hahahaa... Nampak sangat slalu datang keje lambat kalo hari Isnin, almaklumlah, kol7lebih baru nak betolak.... huhuhuu....

Dahla slalu atas highway tuh dekat 1jam gak arr...... Takdela 1jam sangat pon, x smpai 1jam lah ,tapi pagi nih, xsampai setengah jam oooo! terror kot! hahahaa.... Harap2 takdela saman sampai umah! huhuuuuu....

Papepun, kite bersyukur sebab selamat sampai dan takde pape kecelakaan, dan harap begitulah seterusnya.... =)

Tapi kan... kite ingat nak bagi tips sikit lah kat korang yang belum biasa bawak kat highway nih, bukan untuk orang yang dah expert okeh! Sebab kite pon orang baru dalam pemanduan.....Hahahaa.......

Okeh, kalau korang nak bawak lelaju, pastikan :
  1.  Tangan pada jam 2 & 10
  2. Genggam stereng dengan rapi
  3. Yakin
  4. Peka (buka mata seluas2nya)
  5. dan sentiasa ALERT pada persekitaran!

Kalau korang korang yang slalu dok lane tengah dan hendak memotong :
  1. Bagi signal terlebih dahulu
  2. Tengok cermin pandang belakang dan cermin sisi beberapa kali bukan sekali
  3. Pastikan jarak kenderaan kat fast lane tu betul betul jauh
  4. Pastikan kenderaan fastlane tidak laju berdesup!
  5. Kalau laju, jangan memotong, bagi ruang untuk mereka lepas dulu, baru memotong
  6. JANGAN bagi signal --> tukar lorong --> baru tgok cermin sisi. BAHAYA! (tadi, banyak kali ade pemandu buat mcm tu, pastu derang masuk balik lane tgh sbb terkejut tibe2 tgok kete kat blkg,sian tau org kat fast lane)
  7. Jangan ingat fast lane jerk org bawak laju, sebab banyak jugak pemandu memotong kat lane kiri sebab lane tu slalunyer kosong.

Kalau nampak binatang melintas :
  1. JANGAN terkejut atau terperanjat atau cepat melatah!
  2. PASTIkan tangan pada jam 2 dan 10
  3. Genggam stereng kekuat (supaya tak lari)
  4. Lepas minyak
  5. dan langgarrrrrrrr..............
  6. INGAT, JANGAN brek mengejut dan paut stereng (mengelak) tau, kang berpusing kete korang.

Ada lagi satu nak tambah, Encik Tunang kite slalu pesan, blaja baca gerak hati pemandu lain. Yelahkan, pemandu pemandu ni slalu tukar lorong tibe2, masuk simpang tanpa signal, dan macam macam lagi.

Tip-tip kat atas tu daripada kite, pemandu baru, kalau ada apa2 nak tambah silakan tau. Boleh lah kite bertukar2 dan berkongsi tips dengan kawan kawan yang lain! =) Kalau salah, tolong betulkan yer! Hehehee... takot lak kalau bagi tips yang salah, tapi itu apa yang kite amalkan lah! =D

Eh ehh.... bukan kite nak menggalakkkan korang bawak lelaju tau! Kalau boleh elakkan dan ikut peraturan jalan raya yer! =p



 Tetiap pagi senin mesti merempit belumbe ngan die  akak kite nih kat MuarByPass! hahahaa...........
Kang dah nek Jambatan Kedua Muar tu, 
memasing berpecah, sorang ngale Melaka sorang ngale Tangkak. =p



Fuhhh.... Tengok, die dah berdesuppppp............ 
Mementanglah bawak manual, pick up sket kan dari auto nih, hahaa... =D







Kite : Pandu cermat, nyawa selamat. =)

05 May 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER



Assalamualaikum . . . .





KITE DAPAT BANNER NI DARI http://azziesamad.blogspot.com/

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI


Sekian, Terima Kasih =)