24 June 2011

~ Petua untuk Bahagia ~

Assalamualaikum.....


Salam Jumaat Penghulu Segala Hari  =)


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan .

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. 

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. 

Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. 

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang' .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang

.43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elak salahkan pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi: 
     (a) Mental, pendidikan dan ilmu
     (b) Emosi
     (c) Fizikal dan ekonomi
     (d) Sosial
     (e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
    (a) Pendapat atau pandangan
    (b) Hobi
    (c) Kegemaran
    (d) Makanan
    (e) Cita rasa
    (f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

16 June 2011

Dah Bayar Hutang ?



Kalau dulu........... Selalu tak cukup duit. Balik Seremban, mesti mak yg tuangkan minyak, and bagi duit tol, kadang kadang tu, bagi wet belanje sekali........


Alhamdulillah, sekarang, pegi ngeteh, dapat lah belanje mak ayah..... Pegi lunch, dapat lah belanje Encik Tu, nak makan Mc D pon, jom sayang, i belanje u harini, dah lama tak tengok wayang, jom dear, kite tengok wayang, i bayarkan......


Hehehee.... Seronoknyer........


Rasa happy bile dapat buat orang tersayang happy, kan?


Dah lama, dah berapa bulan, tahun kot, tak belanje die..... Tak belanje mak ayah, adik beradik, memang sangat tak patot, Tapi sekarang, rasa dah dapat jalankan tanggungjawab lebih sikit! =) Boleh tersenyum lebar sikit.....


(Eh tipu lah tu tahun tahun, baru bulan lepas belanje derang makan masa hari ibu, haha)


Ermm..... 


Macam ade lagi yang kurang nih.....


PTPTN !


Bile nak jalankan tanggungjawab menyelesaikan hutang? Berdosa tau, hutang dilengah lengahkan.... Huhuhuuu.....


InsyaAllah, nak taknak, dah takde alasan tak bayar hutang, dah niat kalau dapat pindah, nak mula bayar hutang, kesian kat adik adik yang nak sambung belajar nanti kan.......


Okeh, babai, bulan depan nak bayar hutang! =p

13 June 2011

Farewell Dari Mereka untuk Kite =)




Nanti, kite nak gi balik berkunjung balas kunjungan korang sumer kat sini tau! InsyaAllah.......


Kite nak pi jengah korang yang datang bagi komen, korang yang tinggal jejak lam ShoutBox, Korang yang sudi follow..... InsyaAllah... Nanti kite datng balik k! =)


Sayang korang semua! :-* hehehee.........


Haritu, Sebelum kite pindah, kawan kawan opis kite ade buat farewell........ Huhuhuuu... Sedih arr plak nak citer kat sini kan.....  Jom layan gambar jer kat bawah ni eh? Malas lak nak taip pepanjang, Gambor pon malas nak letak watermark, sebab cilok dari FB member lek pon.... =p
















 






 







 







Suke sangat hadiah yang derang bagi nih!........  =D  Baru pakai sekali jerk, pastu simpan, sayang rasa nyer!


Tapi, kite sangat sangat terkilan sebab tak sempat nak bagitau student, kesian kat derang, sumer sedih...... =(


Sampai buat entry pasal kite..... Sampai ade yang komen kat wall FB. huhuu... Sedih sangat tak dapat jumpe diorang sebab kite dapat tau time diorg dah cuti sem.... Huhuuu.... Sorry semua! Nanti ade rezeki kite jumpe lagi yer! =)



Kite : Saje buh gambo bebesor gedabak! Hahahaa..........
Eh ! Lupe nak cakap, Terimakasih kat kawan kawan semua yang buat farewell untuk kite dan atas hadiah yang kalian bagi! Terima kasih atas perkenalan ini dan jumpe lagi................

Di Sana Dan Di Sini, Di Situ jugak . . . .





Assalamualaikum semua kengkawan! =D



Hahahaa... Ade kawan lagi ker kite kat sini? Dahla lame giler tak update kan? Sedih betol! Huhuhuu..... Sedih sebab membiarkan die bersendirian, sedih sebab dah lama tak amik berat pasal die, dah lama tak jengah kengkawan. Huhuuuuu... Rindu!



Malam ni, kite nak bagitau kengkawan kat sini semua....... Alhamdulillah..... Kite dah dapat pindah kat Muar dah... So, takdelah lagi kisah2 pasal kite dari Muar balik Seremban, takdelah kite tertunggu tunggu, takde lah lagi tiap2 minggu mak call tanye balik ke tak , takde lah lagi kes rindu dendam yang terpendam =p



Tapi, banyak sebenarnyer pro and con duduk dekat sini. Duduk dengan family, duduk dekat bandar Muar, duduk dekat kampung, duduk dekat dengan mak, duduk dengan adik beradik, duduk dekat dengan ehemm ehemm, Encik Tu........ Hehehee......



So, malam nih kite nak share lah sikit ngan korang. Ape beza duduk bujang dengan duduk bersama family =p



Dulu, kalau duduk rumah bujang, boleh balik sesuka hati, kire boleh balik lambat lah, boleh singgah shopping complex, boleh lepak opis lelama nak online. Tapi, kalau dekat rumah family, tak boleh, sebab nanti mak ayah mesti risau tertanya tanya kenapa balik lambat and tertunggu tunggu.



Kalau duduk rumah bujang, boleh suka suka hati nak bangun tidur pukul berapa pon! Lepas subuh boleh sambung tidur balik, siap set jam pukul 7.30am. Tapi, dekat sini tak boleh, lepas subuh teros bangun kemas tilam and buat apa2 yang patut, kemas rumah, sapu, basuh kain, basuh pinggan, macam macam lagilah bende nak basuh!
Kalau duduk rumah sewa, basuh baju seminggu sekali jerk, duduk dgn family, tiap2 hari kene membasuh, sebabnyer, banyak baju untuk dibasuh, baju mak, ayah, kakak, adik, abang, anak buah, kucing, bla bla bla.... hahaha.



Kalau duduk sendirik, boleh tidur lambat semata mata nak blogwalking and taip entry, tapi, duduk dekat rumah tak boleh sewenang wenang nyer nak online, nanti mak mesti bising asik ngadap laptop!



Kalau duduk sana, tak makan pun takpe, nak makan, makan, taknak sudah, takde org kesah, dekat sini, tak makan, mak bising, panggil panggil suruh makan.



Dekat rumah sewa sunyi, sepi, dekat rumah family, riuh rendah, hiruk pikuk, maklum lerr, ramai, daripada nenek sampai cucu! =D



Duduk jauh, tiap tiap malam telepon mak dengan Encik Tu...... dekat sini, tak payah dah tepon mak! kat opis pon tak tipon mak, balik boleh sembang2 dengan mak, sebelom pegi keje pon boleh lagi bergossip! =p



Dekat sana, tengahari payah betol nak makan, manjang diet (ikat perut), dekat sini? Pergh, siap boleh makan dengan Encik Tu... lagik! Lagi best, siap bleh makan dengan mak =D



Dekat sana, rumah jauh, jalan jammed teruk, ngantok2 tunggu, tapi, sini dekat dengan rumah, tak sempat ngantok.



Kat sana, jalan die two lane, traffic light lebih 10! Sini, jalan ala ala kampung, ade jugak traffic light, tapi banyak simpang keluar masuk, sangat merbahaya tau!



Cukup2lah dulu takat tuh! Hehehee... Yang penting, kite suke sangat duduk sini! Dan kite sangat rindu dekat sana!...... T_T



Banyak kenangan, kalau dekat sana selalu teringat dekat mak, kat sini selalu teringat dekat kawan kawan sana, rindu sangat kat semua! Kak Fiza, Kat Yat, Kat Umi, Kak Dot, Kak Ad, Amar, Kak Yani, Kak Azza, Kak Zu, Ng, Muni, Mr. Siva, Kak Maz, Zura, Rina, Maziah, Jue, Kak Zety, Kak Miza, My CM, Encik Hafiz.....






Pengalaman yang takkan kite lupe!



Papepun, doakan yang terbaik buat kite, di mana jugak kite berada tau kawan kawan! Harap sangat kite dapat buat yang terrrbaik! =)