12 February 2011

Tips Friend Finder Maxis dari Nurul Nur


Assalamualaikum . . .

Korang pernah dengar tak service nih daripada Maxis? Rasanya ramai kot yang tak menggunakannya kan? betol tak ? ? ? Tapi bagi mereka yang sukar meletakkan kepercayaan 100% pada pasangan masing2 pasti tidak ketinggalan menggunakan service terbaik drpd pihak Maxis nih :D betul tak? hahaha.
 
Service ni mmg terbaik lah! wa cakap lu!(eh, lebih2 plak) Tetapi jgn lah anda mudah percaya sehingga seratuslapanpuluhjutapersen! Sbb tak semua teknologi blh dipercayai tau! 
 
 
Contohnya kat sini . . .

Katakanlah anda tinggal atau belajar di USM dan tinggal di dlm Kampus. Bila rakan anda menggunakan perkhidmatan Friend Finder (FF) ini untuk menjejaki di mana anda sdg berada skrg, ia tdk akn memaklumkan kpd rkn anda yg bhwasanya anda sdg berada di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk Pulau Pinang. Malah ia akn menyatakan bhw anda sdg berada di Batu Uban.(padahal dok kat Desasiswa Aman Damai) Anda fikir pasangan @ sahabat @ keluarga anda yg mggunakan perkhidmatan FF ni tau tak kedudukan Batu Uban tu di mana ya? jauh ke dari USM? dari Asrama anda atau Kafe atau Kelas anda? Sedangkan Sungai Dua atau Minden pun mereka tdk tahu di mana!

Hahaha. itulah antara kelemahan teknologi zaman skrg, di mana ianya terlalu canggih hingga tidak terjangkau fikiran kita.


Di atas adalah contoh peristiwa yang mungkin atau telah berlaku kepada sesiapa sahaja.
amat sukar bagi kita untuk mengawal keadaan seperti ini yang boleh dikatakan 99% kehidupan kita telah dikongkong atau dikawal oleh teknologi.

Teknologi tak bersalah sebenarnya, tetapi, kita sebagai manusia yang harus pandai menggunakan dan mengendalikan teknologi ini, jangan sampai kite dikawal olehnya, biarlah kita yang mengawalnya.

Okeh, bebel pun dah panjang lebar, so kat sini nak bagi tips untuk korang yang jadik mangsa FF nih oleh sesiapa sahaja samada dengan kerelaan hati anda sendiri atau dengan paksarela!


1 - Tinggal telefon tangan anda di rumah

      Katakanlah anda sedang bergaduh, dan tak mahu diganggu saat itu, mungkin anda mahu keluar menikmati udara segar di tepi pantai atau berbelibelah tingkap dan sebagainya, jadi pastikan anda meninggalkan telefon tangan anda di rumah, so that bila mereka check kedudukan anda, mereka tahu, dan berfikir bahawa anda sedang makan atau tidur di rumah.


2 - Tinggal telefon tangan anda di kantor

     Katakanlah anda mahu keluar makan, tinggalkan telepon tangan mu di kantor, supaya, apabila mereka menjejaki anda, mereka tahu anda sedang bekerja dan tak perlu diganggu, so that anda boleh makan dengan kenyangnya sehingga muntah balik!
 

3 - Jangan Switch Off telefon tangan anda

     Ini adalah kerana, apabila anda mentutupsuis telefon tangan anda itu, membuatkan mereka lebih resah gelisah ana resah rindu diambung sakit rindu lalalalaa . . . . . (ehh...terrrrmenyanyi lah pulak,ngeeehehee). haaaa... ini adalah kerana, jika suis itu ditutup, nanti mereka tidak dapat mendetect kedudukan sebenar anda, jadi, sentiasa biarkan ianya ON, jika tidak Peperangan Dunia Ketiga akan tercetus dan meledak seperti kejadian letusan Gunung Merapi di Indonesia pada tahun 2010! wahahahaaa.... jangan... jangannn...merayu lagi, takkan ku ulangi bercinta denganmu...lalalaa... terrmenyanyi lagik! hahaha....
 

4 -  Sentiasa berkata BENAR

      Cuba belajar untuk berlaku JUJUR, untuk berkata-kata seperti apa yang mereka fikirkan, kerana mereka lebih tahu di mana anda berada, di mana kedudukan anda... walaupun kadangkadang anda berkata benar, tetapi mereka masih mahu menegakkan bahawa FF itu adalah BETUL! TEKNOLOGI TIDAK MENIPU!(katanya). Berjagajaga lah anda dengan kejadian seperti ini, supaya ianya tidak akan berlaku! cakap yang sebenar2nya!


5 - PETA Georgrafi Negeri / PELAN Tindakan Kawasan Kedudukan atau Kediaman
     Ini SERIUS! mari bantu dia! (ehh..inikan lagu wonderpet wonderpet kami tak kuat dan kami tak lemah bila bekerjasama semua jadi mudah!) hahaha. selingan kejap eh.hikhikhik . . . okeh, kenapa sampai kene bg PETA dan PELAN bagai kan? sebab . . . . .  supaya mereka tahu kedudukan dan nama2 kawasan sekeliling kita. sebab kadang2 FF ni mengong, kejap kata kita kat tempat lain kejap lagi kata kita kat tempat lain, esok lain lusa lain. huhuhuu. . . . sila sedih disini yea, sebab ini SERIUS!


6 - Saling PERCAYA mempercayai

     Setiap manusia mampu berubah dan boleh berubah. Jadi berilah peluang untuk mereka berkata benar, dan tanamlah semula sifat kepercayaan sesama pasangan dalam perhubungan begitu juga dalam perhubungan kekeluargaan dan persahabatan (kawan sapelah yang sampai nak buat FF ni kat kwn die ek? ada ke? hahaha. kesian..)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okeh, ni di antara tips2 yang berguna kepada mangsa2 FF! hahaha. Tips nombor 1 dan 2 TOLONG JANGAN buat tau! sebab tu hanyalah mainan kata semata mata! kite takmo buat macam tu, kamoo jgn buat mcm tu tau, kamoo kena JUJUR macam tips nombor 4 ! (kantoi! kite mangsa FF! hahaha. tapi kite tak kisah n kite suke. hahaha. )

Sekian TerimaKasih.
Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan KHAS daripada Cik Nurul Nur daripada KatekateKite!
Yang cun tu datangnya dari kite,dan yang comel pun dari kite.
Wassalam!
Harap terhibur dengan tips2 yang diberikan. Renung2 jangan termenung . . . Selamat Beramal..... =D


2 yang berkata kata:

Anonymous said...

Thanks for sharing such a good thinking, paragraph is fastidious, thats why i have read it entirely

My blog post :: Aromaölmassage
My webpage :: Traditionelle Thai Massage Wiesbaden

Unknown said...

Saya antara mangsa FF..sakit sakit kerana dia sangat-sangat percaya kn FF tu...kadang-kadang saya SAKIT JIWA dibuatnya...terfikir nak tutup tapi x tau cara..tp rasanya yang no 1 tu boleh ikut..haha...