Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

24 June 2011

~ Petua untuk Bahagia ~

Assalamualaikum.....


Salam Jumaat Penghulu Segala Hari  =)


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan .

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. 

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. 

Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. 

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang' .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang

.43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elak salahkan pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi: 
     (a) Mental, pendidikan dan ilmu
     (b) Emosi
     (c) Fizikal dan ekonomi
     (d) Sosial
     (e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
    (a) Pendapat atau pandangan
    (b) Hobi
    (c) Kegemaran
    (d) Makanan
    (e) Cita rasa
    (f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

21 February 2011

New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami

Assalamualaikum....

Hai kengkawan sumer....... (ceh, konon2 ramai lah geng blogger kite) hehehe....

Okeh! Harinih nak war war kan kepada semua, tentang New Year Giveaway Part 2 yang dianjurkan oleh KedaiGambarKami yang dah pun bermula pada 1 February lepas hinggalah 20 Mac nanti!



Apa lagi? Jom lah ramai ramai kite rebut peluang hadiah yang bernilai RM1k nih! Hadiahnya berupa : Free 1 & 1/2 hour Photoshoot session bernilai RM1000.00! (RM1000.00 x 2)

Dua orang pemenang akan mendapat perkhidmatan Free Photoshoot berkaitan dengan meternity atau prewedding atau postwedding.

Dan tambahan lagi satu pemenang akan dicabut melalui proses lucky draw! (harap-harap kite dapatlah salah satu daripada tiga ni ye!) hehehe.

Untuk pengetahuan korang, giveaway nih hanya terbuka kepada blogger yang dok kat Malaysia je tau! Yang kat lua Malaysia tu, korang sanggup ke nak balik Malaysia semata-mata nak wat photoshoot nih? Sebab depa nih akan amik gambor korang kat Kluang je tau, kalau lua daripada Kluang korang kene tanggung kos perbelanjaan untuk penginapan dan juga perjalanan mereka! hehehe...... (jadik, peluang untuk kite menang besarlah sikit, hik3.....perasan okeh Nurul!)

Die ade dua bahagian untuk penyertaan nih. Kirenyer hanya layak untuk mereka mereka yang rasa layak jelah! hehehe.

[ 1 ]  Beautiful Mom-To-Be. Yang nih, korang mestilah mengandung atau lam omputihnyer kite kate pregnant, 5-8 bulan masa bulan Mei/Jun 2011 sebab photoshoot ni nanti depa nak wat dalam bulan Mei 2011. (kite nak yang nih! sebab mesti sexy kan amik2 gambo masa preggie! hik3...gatai! tapi tula... kawen nikah pon belom! hahaha)

Yang ke [ 2 ] pulak, Couples Extravaganza. Di mana korang mestilah dah bertunang atau dah berkahwin tau! Kalau belom, apelagi? Cepat2 lah plan pi kawen or tunang! hahaha... ups! terlebih sudah! hehehe..... 

Untuk lain lain terma dan syarat, pe kate korang pi sendirik jalan jalan kat kedai atas talian depa! Samada kat kedaigambarkami.com ataupun kedaigambarkami.blogspot.com . Depa pon ade FB Fan Page tau! Pi lah jengah!

Untuk terus ke entry berkenaan dengan giveaway nih, korang tekan tekan lah kat banner kat atas tu tau! Okey lah, kat sini pon boleh tekan jugak! hihihii.... [tekan sini]

Wah! Sangatlah tak sabar okeh nak wat prewedding photoshoot nih! ups! Belom hantar lagi penyertaan dah berangan angan lebih kan kite nih? hehehe.... KedaiGambarKami, bagi kite menang tau! macih! hikhikhik . .

Eh ehh..... Sebelum tu! Nak bagitaulah kan, KENAPA KITE PATUT MENANG GIVEAWAY nih??? 

Pertama, sebab.... kite ni tak pernah menyertai mana mana photoshoot session nih! Even masa  majlis bertunang pun takde wat sesi berphotoshoot yang ala ala beriye2 nih, sume sendirik sendirik and upah student amikkan..... Sebab tu kite beriya2 nak berphotoshoot nih! Lagipon kami tak lama lagi nak kawen, insyaAllah tahun depan, jadik, nak jugaklah merasa bergambar pre-wedding nih! =D

Yang kedua pulak, kite harap, dengan menjalankan aktiviti photoshoot ni nanti dapatlah mengeratkan lagi hubungan kami (kite dengan tunang kite) sebab kitorang nih banyak sangat ditimpa  diberi ujian dalam alam pertunangan nih, harap harap sangat dengan pengabadian gambar yang romantik ni nanti dapat mengukuhkan lagi hubungan kami....(sedih sikit part nih) Kadang kadang seronok tengok gambar gambar pre-wedding org lain, nampak happy. dan bersemangat untuk mendirikan rumahtangga dan hidup bersama ;)

Kalau diberi peluang untuk memenangi hadiah menarik daripada pihak kedaigambarkami nih, kite ingat nak wat kat Kluang jelah! coz, nak merasa gak pegi tempat orang! Yelah, kat tempat sendirik tiap2 hari leh pegi begambo! =D
Okeh, penutup entry nih, kite nak tayang sikit lah gambar pembuktian kite nih dah bertunang. 

Ceh! Malu malu konon kene sarung cincin ngan FMIL! bluweks! hahaha.

Hah! Tu dia! Dah lepas, ketawa kemain besau lagik! hahaha. Plis lah Nurul! 

Amaran! Gambar nih bukanlah KedaiGambarKami yang amik, kalau depa nyer, mesti lagi cun lah!!! Bek korang pi tengok sendirik kat blog depa tau!

Terimakasih semua!

18 February 2011

Pengalaman Sehari Mengandung dan Melahirkan

Assalamualaikum.....

Harini kite nak cite pengalaman kite mengandung dalam masa hanya satu hari sahaja! Ceritanya pendek, kite dengan encik T dan kawan kawan yang lain pergi Langkawi, then kitorang nak main lah satu permainan nih, macam yang selalu ada dekat Fun Fair tu.

Memang semua orang sedia maklum, bahawa orang mengandung, lemah jantung dan lemah semangat memang tak boleh la main mainan seumpama tu, tapi kite main yang simple2 je yang tak terlalu menggerunkan! Walaupun bayarannya agak mahal, RM6.50 untuk satu permainan, gigih nak main jugak!

Kemudian, kite balik, dan tak sedar langsung apa apa yang berlaku! Tau tau je, anak kite dah keluar, n mak dah buat kenduri. Pelikkan? Orang bersalin terus buat kenduri? Kite yang berjalan terkepit-kepit nih, duduk pun perlahan lahan dan sungguh berhati-hati, tetap mahu keluar melayan tetamu yang hadir.

Anak? Jangan cerita, memang sungguh comel! Tapi maaf, gambar tak dapat disiarkan disini! :)

Hari kedua, kite dah boleh keluar ke pasaraya. Memang aneh dan sungguh mengagumkan! Ramai juga yang bertanyakan khabar, dan keadaan kesihatan. Tah ketinggalan juga yang bertanyakan pengalaman melahirkan. Tetapi kite hanya menjawab, tak sakit dan kite tidak sedarkan diri. Pelik bukan? Macamana kite boleh melahirkan tanpa sedarkan diri? Rupanya selepas pulang daripada Fun Fair malam sebelum tu memang kite teros tidak sedarkan diri (tak pasti sebab apa) dan terus melahirkan. 

Keadaan diri memang stabil dan tak lemah langsung, cuma terasa sedikit sakit 'di bawah' (akibat kesan jahitan)

Sedang kite hendak melabuhkan punggung [duduk], tibe tibe kite tersentak! dan terus membangunkan diri! Hah??  8.10 pagi?? Apakah? mimpi?? mimpi beranak? hish! menakotkanlah....

Sampai je office, tros masuk kelas, sarapan pon tak sempat, thumb print lewat 1minit. habis je kelas, jam menunjukkan 1tengah hari, lepas menjamu selera dengan pelahapnyer! ah! benci! nasik jelantah la pulak, tapi apakan daya, makan jelah...huhuhuu.......

Dahtu apa lagi? Teros mintak tolong dekat encik gugel apakah makna atau tafsir mimpi beranak atau melahirkan......

Encik gugel dengan murah hati memberi info yang bernas daripada My Blog dekat Tafsir Mimpi

BERANAK : (menurut Barat) Mimpi ini bererti KEMAKMURAN besar dan KEBERKATAN, walaupun tidak beranak dalam hidup yang sebenar.
Tapi, korang tau tak? Sebenarnya ada 3 jenis mimpi iaitu mimpi dari Allah, mimpi dari syaitan dan mimpi dari diri sendiri. Seperti yang diperkatekan dalam forum yang membincangkan tentang topik Tafsir Mimpi Menurut Islam dalam Halaqah | Islam Untuk Semua.



 Jadi, kesimpulannya, apakah jenis mimpi kite ni ek??

Balik hari apa? Nak ajak makan ABC & Rojak.

Assalamualaikum......

Malam tadi kite call mak, lepas tu, kite call encik T pulak. Lepas kami bercakap, macam biasa sambung pulak berbalas mesej. Biasalah, kite ni mana puas bercakap tru fon jek, mesti nak jugak berbalas2 pantun mesej.

Dah habis berbahas dengan encik T, tiba tiba ada sebuah mesej... sebuah ke ? ape ape je lah....

Yang berbunyi seperti ini, "balik ari apa? nak ajak makan ABC n rojak"  | From Mak.




Mak macam tau2 je ek? Sejak dua tiga hari nih pon kite asik lah update status kat FB pasal makanan, teringin makan itu lah ini lah. Fuhhh.... memang kene, and buat hati semakin tak keruan, nak cepat2 sampai Muar.

Mak memang macam nih. Kalau ada apa2 mesti mesej, mengadu kat kite. Lepas die mesej kat atas tu pun, die mengadu kat kite. Sebabtu la colleague kite tak pelik kalau kite balik Muar tetiap minggu n sangat pelik kalau kite tak balik dalam seminggu! hahaha.
Bak kate encik T pulak, anak emak. Oh No! Kite memang anak emak pon... So what?? Emak yang melahirkan kite tau. Mestilah emak sayang kite and kite pon sayang emak kite.

Semakin hari, semakin dekat nak jadi hak orang lain (padahal taktau pon bile), semakin rasa suntuk masa untuk kite bersama emak kite. So, sebab tu lah kite nak berkepit je dengan emak, supaya nanti dah kawen, dah ade laki, kite tak rasa menyesal sebab masa bujang taknak luangkan masa dengan emak.

Lagipun, duduk dekat Seremban nih hujung hujung minggu bukan ada apa2 aktiviti pun melainkan makan minum tengok tv and tido + on9. tu jelah rutin nyer.

Tambah2 lagi, bile dulu dulu duduk jauh dengan mak, balik pon jarang sekali, satu sem lebih kurang dua kali, so bile dah dekat nih, tiap tiap minggu lah balik. Masa mula mula kerja dulu mak suruh beli BabyShiro [nama kereta comel yang comot] tu pon bukan apa, untuk memudahkan anak kesayangannya ni berulang alik Seremban - Muar - Seremban.....




Nurul saaaaaaayang Mak!

14 February 2011

06022011 | Perkahwinan Amin & Anim

 Assalamualaikum . . .

Wahhhh . . . tengok tarikh kat atas tu ! 6hb punyer cite, baru nak hapdet harinih! hahaha.
sangat lah Power Rangers kan?! hikhikhik . . .

Okeh, citenyer bermula disini . . .
Tersebutlah kisah . . . Pada Suatu Pagi yang hening . . . blablablaaa .. . . hahaha. ok, serius!

Mule2 konon2nyer nak gerak awal haritu, tapi bile tengok jam pukol 9, mcm awal sangat nak bersiap,
tengok lagi pukol 10pg macam awal lagi, last2 pukol 11pagi jugak baru lah nak mandi, nak bersiap, nak make up, nak belit tudung...

Dah tu, bukan terus pi amik Encik Tunang, padahal janji pukol 12tghri nak amik,
mana lagi nak pegi cuci kete, nak pegi beli hadiah, ish3... apela kite punyer planning nih, berterabur.

Alih2 sampai je uma Encik Tunang, bleh plak die kate nak pegi keje kawen kat Muar dulu.
huhuhuu... kenapalah kamoo tak bgtau 2minggu kemudian je Encik Tunang?
len kali ckp la awal2 ye sayang? tau tau tauuu.... =D

Okeh, kebetulan masa tu memang lapar giler, otw pi Tanjung Agas tu takde lak pau bukak kan?
Sampai je umah keje kawen tu ape lagi, melantak lah sepuasnyer, kene lak nasik minyak die sedap (tengah lapar sumer sedap.hahaha)

Okeh, sebenarnyer, kat sinilah 1st time tau kite tengok org buat keje kawen pasang bendera Malaysia n Johor keliling umah!
Semangat patriotik beb! hahaha. tapi . . . takde gambor, sebab kepala hotak dah pk nak makan jerk . . .

Dah kenyang melantak nasi minyak, tambah lak ngn kueh koci. hikhikhik . . . sungguh memenuhkan perut! hahaha.

Tapi kesian kat Encik Tunang, tak dapat jumpe pengantin lelaki, kawan sekolah die. huhuhu . . . MAAF yer sayang. . . hahaha..silela muntah kalau geli wokeh! =p

Pastu teros gerak ke Melaka, iaitu majlis perkahwinan Muhammad Muhaimin dan Aziahanim sampai dalam pukol 3.30 pm, korang tau apa jadik ? ? ? lauk habis daaa........

Bak kata org Jawa, tinggal koret koret jek! hahaha. padanlah muke kau nurul! boleh pulak luper, yang orang Melaka pukol 3 lebih dah habis tetamu okeh!
Okeh, set dalam kepala otak sekarang okeh, jadik bile2 kalau mahu pergi keje kawen kat Melaka silalah datang awal okeh! (apeke banyaknyer okeh nih nurullll.hahaha.)

Walaupun lauk dah habis, plus perut dah kenyang, kite jamah lah jugak, rasa lauk mereka.
Yelah rumah pengantin nih wat lauk masakan kampung - asam pedas daging, ikan masin, cencaluk. plus nasi ayam jugak!

Nak dijadikan cerita, ada ke patut, pegi rumah pengantin, tetinggal hadiah kat lam kete! hahaha. Then suh Encik Tunang pegi amik n kite makanlah dengan lemah gemalainya ohhooohoi! hikhikhik . . . (sebbek lah parking dekat jerk ngn umah pengantin, kalau tak, mau monyok jerk Encik Tunang kene berkejar ke kete. =p )

Pas makan, pi la begambor dengan pasangan pengantin dua sejoli nih untuk kenangkenangan jadi rinduan kepada rakan2 serumah dolu2 yang berjiran dengan si pengantin lelaki nih.


Dulu budak2 jek... last2 die yang kawen dulu.  heheheee.....
Semoga cepat dapat baby! ngeeee~


Lepas bersalam-salaman dengan jiran lama n mak pengantin, kite pon balik, sementara tu sempat lagik amik gambor rumah pusaka rumah peninggalan bekas rumah sewa kami.


dah ada beranda

rumah depan yang berhantu tu dah takde

Banyak kenangan dalam umah nih.... umah sewa kitorg masa Form 5. Kitorang tu - kite (Nurul), Adah, Huda, Jaja, Eryn n Nisa...

Tak dapat nak amik gambar umah sewa masa Form 4, sebab 'Drama Sembilu' hampir bermula! hahaha.

Balik dari keje kawen tu kami pegilah Dataran Pahlawan, konon2 Encik Tunang nak beli jeans, tapi korang tau? parking mak datok penuh!
Then tros gerak balik Muo balik.

Dalam perjalanan pulang tu jangan cite lah drama bersiri sembilu berbisa muncul kembali . . . hahaha . . .
Tapi drama ni kite toksah cite k . . . kite tros skip masuk cite yang best seronok beronok2 ! hahaha . . .

Sampai je Muar, niat di hati Encik Tunang nak makan Chicken Chop kat Kompleks Marina Tanjung Emas (entah mengidam apentah Encik tu), tapi . . .
western food blom ada lah pulak, malam lah pulak, katanya bukak dari siang,
tapi, yang ada hanya roti canai, rojak dan makanan panas, hampalah harapan hati ku ingin lalalalaa.... hahaha. . .
kesian Encik Tunang . . . huhuhu . . .


kat mana lagi ada western?


(tak boleh jawab taktau nih, die tak suke jawapan taktau n entah!
So, apa lagi, ligat lah otak dalam tempurung kepala yang berambut tebal dan kembang yang bertutup dengan selendang pink nih memikirkan tempat nak makan western)
Ermmmm.........


(agaknye lame no kite diam, die pon bg la idea)
Kim Leng ada?


wujud lagi ke Kim Leng? kat mana?


kat Pesta.


taknaklah.


habistu?


Secret Recipe.


Ade western ke?


tak pasti, tapi setakat spagetti sume tu mmg ada ( x pasti spagetti tu western food ke. bhahaha )


Okeh ,jom!

So, kami pon bergerak menuju ke Muar Traders Hotel untuk menjamu se lere due lere. =D


Ni kite punyer makanan.

amboi! makan dengan sungguh bersopansantun..... hikhikhik . . .



Oleh itu, TAMAT lah sudah riwayat kesan degil pada 06 Februari 2011 ! ngeeeeee~

11 February 2011

TOMOK nak KAHWIN?


Gambar : ihsan dari encik gugel


Assalamualaikum......

Tadi petang, balik keje, lepas je solat asar, kite terlelap (kite tau, lps asar tak elok tido)
oleh kerana agak keletihan, so dengan tak semena2nya lepas solat nampak katil tros jek landing, men2 enpon jap tros telelap.

bile sadar dalam kol 8suku gitu, tros bangun n solat maghrib, lepas solat, belek2 enpon, ada panggilan rindu tak dijawab daripada Uder. dalam ati terpk, die nih call or tertekan, yelah, adik kite sorang nih, kalau takde hal penting mmg takdelah nak mencari kakaknyer yang cumel nih.haha.

so, takpelah, pas mandi nanti kite call lah die balik, curious jugaklah kot2 ade ape2hal kan?
then, kite pun mandi, lepas mandi tu, sementara tunggu nak solat isyak, kite call lah balik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

08:40pm

hello uder, call angah ke td?

ha ah.

ada apa?

angah, hujung bulan ni teman uder pegi umah awek uder.
mak die suruh datang, ude taktau la kenapa uder segan sangat, yang sebelum ni(awek sblm ni) uder tak kisah pun jumpe mak die.
mak die dah lama suruh merisik n bertunang.

alaaaa....angah tak pandai la uder.
angah ni kan budak2 lagi(prsn budak2 pdhl tak sdr diri dh jd tunangan org).
tak reti la nak sembang2 dengan org tua.
lgpun angah tak tau uder keje apa, dok mana sumer.
(nmpk sgt lah kite nih tak amik tau hal adik kite kan, yelah tau die dok KL,tp tatau area mn, tau die wat bisnes n ikot kontrak mn2, tp tatau kesahihannyer)


alaa...sembang2 biasa je...
tolong la ngah, dah lama tangguh ni.

sape nama dia? yang sexy tu ker?

syuhada, ala tak cantik, gemok, sebaik2 umat dah nih. tua 2tahun dari uder, keje klinik, pembantu klinik, dekat Klang.

(bebel2 sikit + nasihat sikit especially bab duit n adab2 pas bertunang)

yelah, td uder dah call mak, mak kata, ada 5k, jalan.

ok2, nnti angah tanya mak dulu mcmn.bye.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

08:46pm

angahhhh.....adam rindu angah...(blablablabla....pjg betul intro, plus bercakap dgn budak 4bulan yang masih tak pandai berkata2)

mak, uder ade tipon mak td?

ha, ada. kenapa?

die suruh nurul pegi rumah awek die?

ha, pegila.

nurul tak pandai la mak. blablablaa..... (alasan yg sama diberi pada ude td)

alaa...pegi jela, sembang biasa2 je.
die nak kenal uder, kakaknye, keluarganye, keje mana duduk mana je.
tengok rumahnye kat mana, keluarga dia.

tapi, nurul pun tak tau rumah ude,tak tau tmpt keje die.

pegi lah tgok dulu sblm pegi umahnyer. die duduk kat ampang.

erm.....(so, kene pegi jugaklah nmpknye,igtkan boleh mengelak)


----------------------------------------------------------------------------------------

09:07pm - lepas solat isyak - atas sejadah lagi

intro lagu Bawaku Terbang - The Fabulous Cat yang rancak tu menyentap kesunyian bilik.

hello angah, dah tanye mak?

(dalam hati, ish budak nih, betul2 semangat, tak menyabor2)
dah.....

mak kate ape?

mak kate pegila.

hekhekhekhekk.....
(die gelak2 gatal)

hekhekhek..(nada mengajukkan semula)
hrmmmm.....

ok la angah eh, nnti apa2 uder call angah balik,bye.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

duduk sejenak . . .

dah tua dewasa rupanya kite nih.
dah ada tanggungjawab besar.
sebelum ni, dia keluar dgn perempuan, kite bising2, suh kawen, bebel2, jgn jadik bukan2 jngn buat bukan2.
tp, bile die mntk tolong psl nih, kite nak mengelak pulak.
tak boleh jadik. tu tanggungjawab kite, sebagai kakak nombor dua yang masih bujang.



Uder : Adik : Angah

yelah, kakak yang pertama dah bekeluarga dan dah ada anak, so agak bz,
lagipun diorg semua jauh kat Muar.
kite kat Seremban ni lah yang paling dekat dengan dia.
tp dia mmg lebih rapat dgn kite, drp kakak nombor 1 sbb dia garang! haha.
tambah pulak dia malas nak melayan kerenah n cerita2 pasal awek2 adik kami.
kite jelah yang jadik mangsa dgr masalah diorg masa cinta2 monyet dulu.


Along (kakak nombor satu)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

apa plak kaitan Uder nih dgn TOMOK?




haha. cerita die macamnih . . .

7tahun lepas,(skrg umur die 22) masa die pergi rombongan sekolah ke Langkawi(kalau kite tak salah).
adalah kakak2 Form5 nih panggil2 dia dengan nama TOMOK. yelah rambut ala2 tomok,
muke lonjong ala2 tomok. tu yang kami sekeluarga selalu mengenakan die dgn nama tomok.

sekarang taklah, dah hilang dah keTOMOKkan die tu.hahaha.




tak sangka, dah nak kahwin dah 'tomok' yer..... =p

dah besar dah adik kite nih rupenyer....