18 February 2011

Pengalaman Sehari Mengandung dan Melahirkan

Assalamualaikum.....

Harini kite nak cite pengalaman kite mengandung dalam masa hanya satu hari sahaja! Ceritanya pendek, kite dengan encik T dan kawan kawan yang lain pergi Langkawi, then kitorang nak main lah satu permainan nih, macam yang selalu ada dekat Fun Fair tu.

Memang semua orang sedia maklum, bahawa orang mengandung, lemah jantung dan lemah semangat memang tak boleh la main mainan seumpama tu, tapi kite main yang simple2 je yang tak terlalu menggerunkan! Walaupun bayarannya agak mahal, RM6.50 untuk satu permainan, gigih nak main jugak!

Kemudian, kite balik, dan tak sedar langsung apa apa yang berlaku! Tau tau je, anak kite dah keluar, n mak dah buat kenduri. Pelikkan? Orang bersalin terus buat kenduri? Kite yang berjalan terkepit-kepit nih, duduk pun perlahan lahan dan sungguh berhati-hati, tetap mahu keluar melayan tetamu yang hadir.

Anak? Jangan cerita, memang sungguh comel! Tapi maaf, gambar tak dapat disiarkan disini! :)

Hari kedua, kite dah boleh keluar ke pasaraya. Memang aneh dan sungguh mengagumkan! Ramai juga yang bertanyakan khabar, dan keadaan kesihatan. Tah ketinggalan juga yang bertanyakan pengalaman melahirkan. Tetapi kite hanya menjawab, tak sakit dan kite tidak sedarkan diri. Pelik bukan? Macamana kite boleh melahirkan tanpa sedarkan diri? Rupanya selepas pulang daripada Fun Fair malam sebelum tu memang kite teros tidak sedarkan diri (tak pasti sebab apa) dan terus melahirkan. 

Keadaan diri memang stabil dan tak lemah langsung, cuma terasa sedikit sakit 'di bawah' (akibat kesan jahitan)

Sedang kite hendak melabuhkan punggung [duduk], tibe tibe kite tersentak! dan terus membangunkan diri! Hah??  8.10 pagi?? Apakah? mimpi?? mimpi beranak? hish! menakotkanlah....

Sampai je office, tros masuk kelas, sarapan pon tak sempat, thumb print lewat 1minit. habis je kelas, jam menunjukkan 1tengah hari, lepas menjamu selera dengan pelahapnyer! ah! benci! nasik jelantah la pulak, tapi apakan daya, makan jelah...huhuhuu.......

Dahtu apa lagi? Teros mintak tolong dekat encik gugel apakah makna atau tafsir mimpi beranak atau melahirkan......

Encik gugel dengan murah hati memberi info yang bernas daripada My Blog dekat Tafsir Mimpi

BERANAK : (menurut Barat) Mimpi ini bererti KEMAKMURAN besar dan KEBERKATAN, walaupun tidak beranak dalam hidup yang sebenar.
Tapi, korang tau tak? Sebenarnya ada 3 jenis mimpi iaitu mimpi dari Allah, mimpi dari syaitan dan mimpi dari diri sendiri. Seperti yang diperkatekan dalam forum yang membincangkan tentang topik Tafsir Mimpi Menurut Islam dalam Halaqah | Islam Untuk Semua.



 Jadi, kesimpulannya, apakah jenis mimpi kite ni ek??

4 yang berkata kata:

Bunga said...

hahah,,.bunga pernah mimpi kawin tapi xnamapak org,haha..(padahal dah genik nak kawin)..

KatekateKite said...

hahaha....
tula,kite pon samela ni, tak sabar2 nak dapat anak. hehehee...... gatai! padahal lom kawen lagik. weks!

jeBateja said...

harap den tak mimpi bersalin...ahakz

KatekateKite said...

jebat : jangannnn... simpang malaikat 44! hahaha... kalau hang mimpi wife hang bersalin takpa! hik3...