Showing posts with label Maulidurrasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidurrasul. Show all posts

15 February 2011

Jangan Lupe Lirik dan Lagu!

Assalamualaikum . . .

**ini cerita semalam.


Masa kekecik dulu giler tol ngan satu lagu nih... tak jemu2 dok ulang2...

Tadi(semalam pagi) dok ngadap laptop, tak sedar plak sampai mengerutkan dahi memikirkan lagu nih, sehinggalah ditegur oleh colleague ku, "sampai berkerut2 tengok laptop tuh"...

Padahal tengah dok pk kn tajuk lagu nih, sambil tu dok nyanyi2 lam hati, tp yang keluar asiklah lagu Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..... ish ish...bukan yang tu, tu lagu Tahun Baru Maal Hijrah (1 Muharam) hahaha.

Last2 tak bleh jadik nih, kene tanye jugak kat my colleague ;p

Rupenyer ini tajuk n penyanyi lagu yang kite carik2 tu...hikhikhik.........

Al Mizan - Junjungan Mulia

so, apa lagi! jomlah download lagu nih n kite nyanyi sama2 tau! ;D

http://www.index-of-mp3.com/download-02_Al_Mizan_-_Junjungan_Mulia-fsnF_7nJLgy.html

Kite dah dendangkan dalam opis! sungguh suke! ngeeeee~

Jangan lupe lirikinyer yer! . . . . .



Al Mizan - Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

 ------------------------------------------------------------

Renung2 jangan termenung! Selamat Beramal! ;D

Kite : Teringat zaman persekolahan rendah.

Salam Maulidurrasul 1432Hijrah / 2011Masihi

Assalammualaikum......

Selamat menyambut Maulidurrasul kepada semua umat Islam!

Salam 1 Malaysia 1 Ummah! Di mana inilah tema Maulidurrasul kita pada tahun ini.

Tahun ini kite tak dapat nak menyertai sambutan Maulidurrasul dekat Muar.
Kalau tahun lepas, kite, mak, ayah dan adik, tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan sambutan Maulidurrasul yang setiap tahun diraikan di Masjid Besar Muar dekat Tanjung Emas (maaf,tak pasti nama masjid nih)

Tapi Encik Tunang yang tak sihat tu, tetap jugak bertanggungjawab, bertugas dalam majlis tersebut dekat masjid, harinih. (tahun lepas pun die bertugas jugak)

Kite? jangan citer lah, tido awal, bangun lewat.huhuhuu. Tapi, tidak ketinggalan untuk menonton Sambutan Maulidurrasul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kat tv.

Anugerah Maulidurrasul Tahun  2011 diberi kapada enam orang yang layak. Di antaranya ialah adik Wee Soo Yen, di mana beliau berjaya menguasai Bahasa Arab, yang dipelajari dari Sekolah di Bachok.
ermmm...... rasa tergugat! kenapa kite tak boleh nak mengusai bahasa Al-Quran tu yer.huhuhu...

Apalagi bila melihat persembahan adik adik kita daripada rancangan Adik-Adikku tu? Memang meremang je bulu-bulu roma kat lengan nih. Lebih-lebih lagi bile adik Qayyum tu mula mempersembahkan lagu The Chosen One, lagi lah, siap bergenang air mata. Daripada tahun lepas lagi, masa tengok rancangan Adik-Adikku Peringkat Akhir, memang bergenang je air mata bile tengok kebolehan adik Qayyum nih. Bukan apa, bile fikir2kan balik, kite yang Allah bagi kemampuan lengkap, penuh, tapi tak mampu nak jadi mcm die. baca Quran dengan baik.

Apepun, kite tetap bersyukur dengan pemberianNYA dan berusaha untuk memperbaiki diri dan jangan hanya berpuas hati dengan apa yang kite ada especially yang berkenaan dengan ibadah kepadaNYA sebab kite hidup ni pun hanyalah untuk beribadah kepadaNYA bukan?

Sekian, wassalam.

Kite : Selawat ke atas Nabi.