Perempuan/wanita jangan cakap berlapik lapik sangat dengan lelaki.
Kerana mereka takkan faham apa yang kita nak sampai kan.
Sifat semulajadi wanita, suka menyampaikan sesuatu dengan berlapik lapik. Susah nak cakap berterus terang.
Sedangkan sifat lelaki, suka dengar dan buat kesimpulan sepintas lalu, tanpa memikirkan secara mendalam.
Wanita sukakan sesuatu yang remeh temeh. Sangat sensitif.
Lelaki, lebih tepat dan pantas.
Oleh itu, kalau korang nak cakap dengan lelaki, tolonglah jangan berangan nak cakap berlapik. Cakap je terus terang, jangan malu2. Kalau malu, kau rugi!
Kite dah penah baca dah bende nih, tapi serius kite tak percaya sangat.
Kite ni memang jenis suke ckp berlapik2 kebanyakannya. Yelah, malu nak minta terus terang. Contohnya. . . .
"malam ni sate kmall"
"ermm.... minyak dah berkelip kelip"
"nak beli rantai ni"
"tudung ni cantikkan?"
"tadi sebelum balik, tak sempat makan"
Haaaa..... Semua di atas, jangan amalkan yer, sebabnya kalau kau orang dapat pasangan yang kurang memahami bahasa bunga bungaan atau kiasan nih, memang penat lah kau tunggu!
Bagi lelaki di luar sana. maksud ayat di atas adalah . . . .
"malam ni sate kmall"
Jom (blanje) makan sate dekat kmall!
"ermm.... minyak dah berkelip kelip"
Tolong isikan minyak.
"nak beli rantai ni"
Belikan saya rantai ni.
"tudung ni cantikkan?"
Kan best kalau awak belikan tudung nih.
"tadi sebelum balik, tak sempat makan"
Nak makan.
Hurmm...... Di atas, contoh contoh ayat kiasan atau lapik lapik. . . .
Elakkan lah.
Kerana lelaki memang tak faham dan takkan pernah faham dan tak mungkin akan faham.
Jangan ingat lelaki sama macam wanita.
Hati naluri mereka sangat sangat berbeza dengan kita.
Kita mungki boleh memohon maaf dan memaafkan dengan mudah.
Tetapi tidak bagi mereka. Mohon maaf pun susah, memaafkan pun susah.
(Yang tu tambahan)
(Sambungan) Ermm...... Sebab tulah boleh timbulnya pelbagai pertanyaan, atau kekadang ketidakhirauan.
Jadi, kalian jangan lah terlalu mengambil hati atau menyalahkan mereka. Kerana itu memang sifat semulajadi mereka.
Jadi, sila salahkan diri anda sendiri, sebab itu memang salah kita kerana tidak memahami naluri seorang lelaki yang tidak sukakan bahasa kiasan.
Sekian.
Sila ambil iktibar.
Bagi lelaki dan wanita.
Wassalam.
Selamat Malam.
22 yang berkata kata:
aku setuju weh..ahah minyak berkelip kelip..akujawab je..esok kita naek beskal je
ckp straight..senang!! :DD
errrrrr perempuan dh terbiasa gune ayat berkias
hihi
bagus penggunaan kata dlm entryy ni. thumbs up. kebanyakan apa yg sis tulis itu betolll!
hhoho... sangat setuju... sangat setuju tanpa ada bantahan... sila bagi ayat direct yang senang difahami...
hahaah wah camtu eh? tak tau pun sebenarnya haha
@JIJI YU
hahaha... skali die kate, jom naek beskal!
aduuuuu.......
memang bebetol x paham! =p
@mysara
betol2! =D
@azalia hjsalleh
tu la pasal..... =.='
@Rtp Farra Arisha
hehee... ayat berterabor! =D
ermm betul kan?? =D
@Nasriq
hahahaa......... tu dia! pengakuan dari pihak lelaki! =D
@Aiman Ariffin
haaaa.....
sebab tu lah, kene tahu tau! =D
hai salam kenal... hmm gua setuju ngan entry ni. pempuan kena cakap terus terang takde la lelaki mcm gua ni terkebil2 nak paham mesej yg nak disampaikan hehehe
@JARI YANG TERBARAI
haha, betul tuuu..... =D
lama tak update
hahaha.....betul2....mmg kena ckp direct...kalau tak laki ni ramai yg jenis blur....hehehe...
laki and pompuan tak kan pernah aman haha ;D
betol jgk..tp xsumer laki cmtu..
tp byk laki y mcmtu...hahahhihihoho..
@zuwaidah
hehee.... sangat lama! :D
*dah malas nak mengarang ayat! :p
@KUREKURE COMEL
tulah, pompuan memang kene cakap direct jerrr..... jangan nak karang ayat berbunga bunga. hihiii :p
@Ihsan Arifin
hahaha, tak pernah aman! asik bertekak! =D
@honeY teChIK
Kalau pernah baca, memang ada artikel yg kata mcm tu, laki tak suka n tak faham kalau perempuan ckp berlapik2, dan perempuan mmg jenis mcm tu :p
Post a Comment