* Email diterima dari seorang rakan. 
Cemburu  seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki  mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai  yang menunding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.
Sukar  untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi  hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan  masalah.
Tetapi,  awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang  merana. Intim minggu ini berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang  mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.
* Beremosi keterlaluan
Setiap  minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si  dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau  tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas  (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa  mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap  cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda  sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan  taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata  kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
Sikap  cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula  mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di  rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling  menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan  ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si  dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang  diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda  memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
Setiap  masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah  sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa  mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir  terkena tempias perbuatannya itu.
* Anti  sosial
Tidak  dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan  menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain  tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti  atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat.  Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya  terdapat  tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti  seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi,  dengan siapa, kenapa pergi ke sana  atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun  anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket  dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok  dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada  alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan  terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan  anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap  lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai  niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon berdering
Setiap  kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan  terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia  bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan  menganggu anda dan si dia sewaktu  bersama. 
Sekiranya  anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan  tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan  terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan  dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja  perhubungan.
Kite : Cemburu boleh, tapi bertempatlah, kalau dah kate tidak, tidaklah, kalau pasangan korang pernah buat perkara yang korang tak suke sebelum ni, yang membuatkan kepercayaan korang hilang pada derang, ingatlah, mereka sedaya upaya untuk berubah ke arah kebaikan, dan telah berubah, so, tolong lah percaya, tak payah nak cemburu lebih lebih!  [huh!]
 

 
7 yang berkata kata:
hahhahhaha, kalau cemburu campak je jauh-jauh
cemburu tak bertempat, lepas tue mengkongkong nak buat ape
RIMAS! eeeeeeeeeeeeeee
belum lagi ketemu yang sebegitu...
untung la kalau tak jumpe! =D
alia campak jangan simpan! =p
mueheh sipa selongkar2 lagi uh..naik berbulu aku kalo cam tu
tu lah cemburu tu bagus tapi tengok dulu siasat dulu kan? kan?
kalau yg suka cemburu buta tak ketahuan hala yg kak zu tak suka and try to avoid huhuhuhu
dulu mat kuat cemburu...lps kawen..terus jd magik...hilang semua cemburu tu...
sbb...mat tlh berjaya memiliki mina...smile...
Post a Comment