19 April 2011

Mak Pesan . . .

Assalamualaikum . . . 

Macam biasa, weekend dekat Muar, meluangkan masa dengan emak and family, tak dilupakan Encik Tunang.......

Macam biasa jugak, kalau dengan emak, pasti tak lepaskan peluang dalam sesi meluahkan perasaan, perihal kerja, kawan kawan, dan hubungan pertunangan kami.

Mak tak putus putus dengan pelbagai nasihat mengikut pengalaman kehidupan beliau selama bertahun tahun berumahtangga dan sebelum berumahtangga.

Pemerhatian sehari hari, membuatkan diri semakin takut dan gentar dengan pelbagai ujian yang dihadapi oleh orang sekeliling.

Mak macam biasa, memang penasihat utama kite.

Mak pesan, "jangan cerewet sangat."  Mak memang kenal sangat perangai anak perempuan die yang satu ni. Terlalu cerewet dalam banyak hal. Tapi setahu kite, kadang kadang je kot.

Erm... Cerewet? Cerewet macamana tu? Ape tu cerewet?

Cerewet -  ini tak boleh, itu tak boleh, jangan buat macam ni, kene buat macam tu! Hahahaa... Lebih kurang macam tu lah kan? Ape kate korang? Ape maksud cerewet bagi korang?

Tak elok tau cerewet cerewet nih, kite pon tengah berusaha nak berubah (ke arah kebaikan). Kite berjanji dengan diri sendiri, nak jadi isteri yang solehah dan nak membahagiakan kedua belah pihak keluarga! =)

Aminnnnn~~~



Menurut Kaunselor Perkahwinan dan Keluarga daripada Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani, 

“Perkahwinan yang membawa maksud percantuman dua insan berlainan latar belakang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami mahupun isteri."

“Perasaan ketika bergelar pasangan kekasih tidak sama apabila sudah bergelar suami isteri, namun perasaan yang sama tidak susah untuk ditimbulkan kembali dalam alam rumah tangga jika pasangan itu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing-masing."

Tanggungjawab suami isteri dalam keluarga adalah penting, kita mesti faham dan tahu tentang ilmu ilmu rumah tangga. Supaya rumahtangga yang dibina berdiri kukuh dan teguh walau ribut atau taufan datang melanda! Ujian adalah perkara biasa, kita seharusnya pandai berhadapan dengan semua masalah. 

Yang paling penting, sebagai isteri, syurga berubah dibawah tapak kaki suami setelah kite berkahwin, bukan lagi dibawah kaki ibu, jadi, ikutlah kehendak suami selagi tidak lari dari batas syariah dalam masa yang sama tidak melupakan ibumu.




Kite : Nak perbanyakkan baca buku tentang ilmu rumahtangga sebagai persediaan mental dan fizikal.

9 yang berkata kata:

Unknown said...

baguih2.wat persediaan btoi2

aliarosli said...

akak, nak kawen jangan lupe jemput ye!!

bile? hahhahhaha, kite lame lagi

yatie's EPISODE said...

ehem2, bila tarikhnye tuh? hikhik

KatekateKite said...

nub :
insyaAllah.... =)


aliarosli :
haha,kamoo belajar habis dulu! =p
akak pon lame lagi! kalo jemput, wajib datang tau! =D


yatie's EPISODE :
ehem ehemm..... adelaaaa..... =D

tshirt koyak said...

tahniah2..=)

KatekateKite said...

tshirt koyak :

uiks! ape yg tahniah nih? belom lagik lerrr...... =D haha.

btw, terimakasih! =)

♥namapenuh.blogspot.com♥ said...

Waalaikumussalam...tahniah ye, dah menjadi tunangan org ni banyak cabarannya tambah lagi darah orang bertunang ni darah manis.

ps: dari yang masih single, tu luahan mama kat abg sy. Now diorang dh kwen(4 bln yg lalu)

KatekateKite said...

terimakasih nurulizzah.... =)

erm..betul tu, memang banyak cabaran!

jeBateja said...

iyer laa..jgn cerewet sgt...tatak bagusss.....untuk kesihatan badan...