16 February 2011

Membeli Binatang Peliharaan Baru.

Assalamualaikum.....

Amaran dan pemberitahuan! Ini adalah entry bergambar, harap maklum, jangan muak, kerana terlalu banyak.




Kite mulekan dengan acara gambar yang  pertama, macam biasa, sebelum menggerakkan kereta, selepas menghidupkan enjin, sementara menunggu enjin kite panas, kite akan snap snap dulu gambar ber angan-angan yer kawan2....




Kemudian, kite bergerak ke check point yang pertama iaitu KFC Giant, selepas menikmati makanan yang kurang super hebat sebab makanan nih mudah memuakkan tekak dan mudah mengeyangkan perut, padahal kejap je dah akan rasa lapar kembali, tapi kite makan je sebab menemankan emak yang teringin hendak menikmati makanan ini.

Selepas itu, mak kite meneruskan tujuan untuk membeli belah barang2 keperluan rumah dan dapur.

After that, kite bergerak pula ke check point seterusnya iaitu ke pasaraya WETEX di Bandar Muar. Dengan tujuan untuk mencari binatang peliharaan baru atau dalam Bahasa Inggeris nyer kite panggil Pet. Dengan pantas dan cepat, selepas memparkingkan BabyShiro kite yang comel lagi comot itu, kite pon terus berlari-lari anak menuju ke Level 3.

Lepas bertanya tanya khabar dan membuat survey tentang binatang peliharaan yang bakal dibela, kite pon membuat pilihan sama ada untuk membela yang daripada tuan berwarna merah atau pun biru. Setelah membuat keputusan, hati berpihak kepada tuan berwarna biru.



Sebelum bertukar tangan kepada tuan baru, kene isi form dulu yer. Gigih di ditu! hahaha.



Okeh, tipu je tu, duit tu bukan keluar daripada purse merah tu, tu nak amik IC jerk, sebab duit tu daripada.....




daripada Wanita Cantik Bertudung Merah Cream tu..... hehehe.. mak sayang yang belanja binatang peliharaan nih. cayang mak ribu ribu juta lemon! Emmmmuaaahhh!!!!!




Lepas tu, tak lupa untuk sujud syukur yea, hehehe, Solat Maghrib dan ber angan angan lagi di depan cermin pula yea!


Ini antara kedai yang terdapat di Level 4 yea kawan-kawan yang duduk kat Muar yang dah lama tak balik Muar atau tak bertandang ke Wetex tu.... hihihii...... best tau! Murah-murah baju dekat sini. Sebelum ni, ini merupakan tempat men game budakbudak hingusan.



Lepas tu, jom singgah Daily Fresh untuk membeli Sweet Corn ngan Waffle.




See! Lift dekat sini pun dah cantik tau! Siap ada Red Carpet lagik! Laju pulak tu! Kejap je dah sampai Level 4 tau! Okeh, sila abaikan 'model' yang gumuks kat lift tu yer! hahaha.



Dulu suke sangat pergi kedai nih, SilverHo kalau tak salah nama die, Kedai ni sentiasa mengikut tema. Yang ni bertemakan Valentine Day.




Haaa.... Jangan mainmain, dekat Wetex dah ada Baskin Robbins okeh! Sangatlah maju! Dulu wetex nih tempat budak budak hingusan lepak-lepak jerk, sekarang, Food Court dah takde, tempat games pon dah takde! Suke sangat dengan pembangunan kat Muar sekarang. Macam macam lagi ada kat dalam Wetex nih, Chicken Rice Shop, Sushi King, Mc Donald (ni mmg ada dr dulu) banyak lagi lah! Watson pon dah makin besar.

Okeh! Jom pulang!....  



Check point terakhir, singgah warong, makan maggi goreng + mee goreng basah!... Sambil menonton Mentor. Eh eh ehhh...... tengok belakang tu! comelnyer BabyShiro kite tu.... nampak berkilat walau pada dasarnya ia sangatlah comot! hahahahaa.....


Okeh, kesimpulannya, ni lah binatang peliharaan terbaru kite selepas BabyShiro and BabyBlue k!... hahaha... Ni belom bagi nama lagik, kompius nak bagi name hape!.... sape sape ade idea menarik untuk namakan binatang peliharaan terbaru kite nih?? hik3....




Inilah tujuannya! hahahaa.... ja'at tak ek?? dah la mak yang belanja, janji tak mau ngadap FB tapi tak janji tamo tengok BLOG kan? hikhikhik...

Dengan ini, bertambah lah hutang piutang keliling pinggang untuk setiap bulan... uhukhukhukk.....
Sebelum mengakhiri entry kali ini, tataplah gambar di bawah ini dengan rasa yang sangat muak  yea sebab dah terlalu banyak gambar kan? hahahahaa....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TerimaKasih kerana membaca KatekateKite!

Terimakasih sebab baca, Like kalau suka,
Tinggalkan komen anda, Kite sayang semua!

3 yang berkata kata:

azilah othman said...

LOL

KatekateKite said...

ahaks! pe gelak2? hahahaa......

Anonymous said...

You aгe ѕo intereѕtіng! I do not
believe I've truly read through something like that before. So good to find somebody with some unique thoughts on this subject. Seriously.. thank you for starting this up. This site is one thing that is required on the internet, someone with a bit of originality!
Here is my site :: vind en ipad