20 July 2011

Sebalik Warna Pelangi Ceria.



Dalam kegembiraan, kebahagiaan yang dikecapi. Dalam anggapan diri disayangi orang tersayang, sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang, menuruti dan mentaati segala permintaan, dalam asyik melayari bahtera keriangan bersama, tanpa disedari, ada sesuatu tersirat dalam hatinya. Amat banyak, amat berat dan teramat menyiksakan baginya.


Jika tidak berlaku pertengkaran, pertelingkahan dan perbalahan, manakan tahu bahawa isi hatinya sebegitu padat dan sendat dengan segala ketulan ketulan yang tepu dipendam. Dan akhirnya cair dengan api kemarahan dan membuak buak lava berkeliaran keluar bersama kata kata sinis, pahit dan teramat tajam untuk ditelan bulat2 ke dalam telinga terus tertusuk di dalam dada.


Membuatkan hati terasa sayu, sedih dan terhiris.


Sangat tidak disangka sangka, pelangi yang menghasilkan pelbagai gabungan warna warna ceria, akhirnya tenggelam dalam awan mendung yang gelap, kelabu, berat, atas sebab luahan hati yang tersayang atas apa yang terpendam dalam hatinya.


Selama pelangi itu memancar, ada awan-awan yang melindunginya.


Jika tiada berlaku pertelingkahan, sememangnya tidak diketahui segala yang tersurat.


Dengan itu, semuanya terbongkar. Banyak yang dipendam. Depan depan kebaikan itu, ada tersirat syaitan durjana yang menghasut supaya jangan melakukannya dengan ikhlas.


Segala apa yang dianggap kebaikan dan kesanggupan itu, rupanya terpendam seribu rasa yang tidak disangka.



04 July 2011

Pantun Si Baju Merah.




Baju merah menyala,
Kenapa nak marah tiba tiba?

Mood baik belaka,
Tapi kenapa macam ada yang tak kena?

Hari Isnin pakai ceria,
Tapi muka takde seri bahagia.

Hari sudah petang,
Perut lapar bertendang tendang.

Bukan bermakna ada baby,
Tapi mahu diisi nasi.

Tiada teman atau rakan,
Rasa tak lalu nak makan.

Apa mimpi disiang hari,
Tiba tiba buat pantun cenggini?

Saja menggatal idea datang,
Terus menaip tanpa yang membangkang.

Bacalah korang kalau datang,
Jangan muak atau lari menghilang!

Babai bukan mahu pulang,
Tetapi ingin menyambung kerja yang terpampang.

Hahahahaa lawak,
Tetibe je buat pantun secara rawak!

=D