20 July 2011

Sebalik Warna Pelangi Ceria.



Dalam kegembiraan, kebahagiaan yang dikecapi. Dalam anggapan diri disayangi orang tersayang, sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang, menuruti dan mentaati segala permintaan, dalam asyik melayari bahtera keriangan bersama, tanpa disedari, ada sesuatu tersirat dalam hatinya. Amat banyak, amat berat dan teramat menyiksakan baginya.


Jika tidak berlaku pertengkaran, pertelingkahan dan perbalahan, manakan tahu bahawa isi hatinya sebegitu padat dan sendat dengan segala ketulan ketulan yang tepu dipendam. Dan akhirnya cair dengan api kemarahan dan membuak buak lava berkeliaran keluar bersama kata kata sinis, pahit dan teramat tajam untuk ditelan bulat2 ke dalam telinga terus tertusuk di dalam dada.


Membuatkan hati terasa sayu, sedih dan terhiris.


Sangat tidak disangka sangka, pelangi yang menghasilkan pelbagai gabungan warna warna ceria, akhirnya tenggelam dalam awan mendung yang gelap, kelabu, berat, atas sebab luahan hati yang tersayang atas apa yang terpendam dalam hatinya.


Selama pelangi itu memancar, ada awan-awan yang melindunginya.


Jika tiada berlaku pertelingkahan, sememangnya tidak diketahui segala yang tersurat.


Dengan itu, semuanya terbongkar. Banyak yang dipendam. Depan depan kebaikan itu, ada tersirat syaitan durjana yang menghasut supaya jangan melakukannya dengan ikhlas.


Segala apa yang dianggap kebaikan dan kesanggupan itu, rupanya terpendam seribu rasa yang tidak disangka.



11 yang berkata kata:

Qaseh Dalia said...

nape ni .. biasalah pertelingkahan tu sentiasa ada ..kdg boleh mengeratkan kdg boleh menghancurkan

NasQ said...

macam berat je problem ni... nape?

Unknown said...

patot la si die kata taknak jadi pelangi..die nak jadi benda lain yg kekal ade

Rtp Farra Arisha said...

patutlah pelangi pun ada bermacam2 color dan itu menunjukkan setiap isi hati kecil kita, perasaan kita an so on! :))

ORLANDO AHMAD said...

best ape gadoh

jeBateja said...

sesekali gado tak pe maaaa....jgn selalu maaaa....dan...mengalah bukan bermakna kalah.....aahakz

Bunga said...

yang penting jangan gaduh lama2..heee

Ihsan Arifin said...

chill :)

Mr.Ein said...

kasih manusia nampak di dunia
kasih illahi membawa kesyurga :)

ain revival said...

wahhh..mcam berat jep prob nie..

pepun..sem0ga dapat mnghadapinya dgn tenang :)

hdn952 said...

banyak Info yang bagus..tips tentang FREE SMS - http://cloakedlink.com/refyyqjxxu