23 April 2011

CONTEST TABIK sama kamu !

Assalamualaikum . . . .


Kalau ditanya siapakah yang akan kite beri TABIK hormat ?

Pertama yang terbayang difikiran, sudah tentu emak dan ayah !




Sebab mereka sememangnya layak untuk menerima tabik hormat daripada kite! Jawapan tipikalnya adalah kerana merekalah yang membesarkan kite. Jawapan luar biasa, hanya kami yang tahu.

Sepanjang 20an emak ayah membesarkan kite, dari kecil, dalam rahim emak, membesar selama 9bulan, mereka jaga supaya sentiasa sihat, smpailah keluar ke dunia yang nyata, yang ada pelbagai ujian dan dugaan.

Sepuluh bulan emak membesarkan kite tanpa ayah disisi, hanya bertemankan akak seorang (yang selang setahun lebih), dan kakak sepupu (lepasan SPM) yang menemani emak, ayah pulang (dari kursus) tatkala kite pandai bertatih.

Kuat sungguh hati seorang emak membesarkan dua anak kecil di rumah flat yang tinggi.

Hidup agak senang(kot), sebab mak selalu cerita, kerusi ni sebaya dengan umur angah, dapur gas ni beli masa angah kecil. Alhamdulillah. Mungkin masa membesarkan kakak, mereka baru membiasakan diri dengan hidup berumahtangga.

Bila bersekolah, kite pasti, emak dan ayah sangat bangga dengan pencapaian anaknya yang selalu naik pentas. Alhamdulillah, mereka bijak mendidik kami.

Tetapi itu hanya sementara, dek kerana kejutan budaya, kite dah duduk rumah sewa seawal umur enambelas tahun. Bayangkan, umur muda sebegitu, memang perit untuk mak dan ayah menjaga. Pelbagai ujian mereka tempuhi, bukan menyenangkan mereka tapi lebih banyak menyusahkan.

Sehinggakan kite tak dibenarkan belajar jauh dari family, jadi hanya sambung diploma dekat dengan rumah, boleh pergi dan balik sendiri. Tetapi kaki anak muda, pandai mencari helah untuk bersuka ria. Sampaikan nikmat memiliki telefon bimbit ditarik serta merta dan dibawa berjumpa pengubat traditional mengubati penyakit mahu bebas ini.

Alhamdulillah, manusia boleh berubah. Kemudian emak dan ayah bersusahpayah pula melawat anak yang demam sehingga ke Penang. Itulah pengorbanan emak dan ayah. Tak sanggup melihat anak merengek rengek kesakitan. Besar pengorbanan mereka.

Alhamdulillah, kite dapat membalas jasa mereka dengan segulung ijazah walaupun keputusan tidak begitu membanggakan. Cukup untuk memenuhi impian seorang ayah yang mahukan seorang anaknya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sekarang belum cukup lagi balasan kepada jasa mereka selama 20an membesarkan kite, kerana mereka masih lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk anak ini. Bilalah dapat ku balas kesemua jasamu emak dan ayah.

(maaf, bila cerita pasal mak dan ayah memang sukar untuk berhenti)

Sorry mina, cerita tak cukup pendek.huhu........

Ermmm........ Kite idamkan skirt kembang kaler itam! (ahaks, over plaks!)
Kek coklat pon okeh lah! Tamo coklat coki2! hiks3 =p





Kite : Terukkan perangai ? T_T

2 yang berkata kata:

KUREKURE COMEL said...

nakal juga ye....hehehe...
pengalaman mematangkan kite kan....


tanpa mereka...maybe kita tak berjaya mcm skrg..kan..kan....


selagi mereka bernafas...jagalah mereka dgn sebaik baiknya...

moga mereka sentiasa dilindungi ALLAH SWT....amin...



tq masuk...smile...hehehe

KatekateKite said...

aminnn....

terimakasih mina! =)