05 March 2011

Saat itu . . .

Assalamualaikum....

Tengah tengah dok online, tetibe mate terpandang kat kotak coklat tu, so tangan pon mencapainya.....
Ish, dah berhabuk? Sikit jelah . . . Yelah, belum ade setahun pun album itu menjadi milik ku . . .(ceh! macam lagu kumilikmu plak! hehehe )

Lepas lap lap sikit dengan jari jemariku yang kasar ni, aku pun membukanya, dan mengeluarkan isi perut kotak tersebut . . . Satu persatu ku selak, dan ku tatap. Semua wajah dalam helaian itu memaparkan keceriaan. Saat itu, saat yang bahagia bagi semua orang yang hadir. Semua seakan mendoakan sesuatu yang bahagia. Yang berakhir dengan kebahagiaan. Yang berkekalan hingga akhirnya.

Jantung berdegup kencang. Muka seakan tebal pabila semua mata memandang. Malu duduk tersimpul malu. Mata tidak dapat mengecam satu persatu. Duduk seperti diawangan biru. Berkedip kedip cahaya seperti bintang bintang ke arahku. Aku kah ini? Ya, benar, kau sudah hampir separuh menjadi milik keluarga mereka. Adakah kau sudah bersedia? Mentalmu terutamanya. Sedikit sedih dalam seribu kegerembiraan pabila sebentuk 'itu' telah berada antara satu daripada sepuluh jari jemari yang montok. 




Sebagai tanda cinta dan hati yang mula bersatu. Sejak tujuh tahun yang lalu. Supaya kau diikat seperti irama dan lagu. Sentiasa sedap dan merdu. Apabila bersatu. Jangan biarkan ianya berlalu. Jaga batas batas mu. Lindungi maruahmu.








Mood jiwang tiba tiba datang, ayat seperti mengarang sebuah novel novel cinta yang lapok!
Harap kalian tidak merasa mengantok! Dan kita jumpa esok, dalam robok dot dot dot! ^_^

3 yang berkata kata:

tulus sweet said...

adeh akak ni.. how sweet...:)

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

KatekateKite said...

tulus : ^,^

Blade Edge : Waalaikummussalam... terimakasih sudi BW kat sini! =)