01 April 2011

Satu April Dalam Sejarah . . .

Assalamualaikum . . . .

Pembukaan April yang sangat sadis, sayu, sepi, sunyi, sedih, pilu, dan sebagainya yang berkaitan dengan perkataan perkataan di atas. . .

Pembukaan April dengan ujian maha hebat oleh Nya.

Apapun yang diberi harus diterima dengan penuh redha. Dengan penuh rasa syukur terhadapNya. Kerana Dia lah kita hidup dan kerana Dia lah kita bernafas.

Kita dihidupkan di dunia hanya untuk beribadah kepada Nya, jangan kita lupa. Kerana semua ini hanya pinjaman. Memang terkadang kita lupa, apakah tujuan kita hidup dimuka bumi ini. Oleh itu, pabila tersedar, cepat cepatlah bertaubat (katekate untuk diri sendiri).

Di malam(pagi) yang sunyi dan hening, Dia menguji dengan cabaran hebat. Tak apa, itu hanyalah ujian biasa sebenarnya. Hanya untuk menguji keimanan mu yang semakin lemah dan berkurang. Kamu seharusnya bersyukur kepadaNya.

Walaupun payah, semua ini harus kutempuhi. Mungkin ada salah silapmu yang kau lupa, memang, kau ada lupa padaNya, baik engkau segera bersujud padaNya, jangan kau pandang enteng dengan sebelah mata!

Ujian berlarutan hingga ke pagi, membuatkan mata segera lelap dilimapagi. Membuatkan diri tidak menyedari untuk sujud padaNya di waktu itu lagi. Aku lalai, leka, alpa dengan duniaMu! Ampunkan aku Ya Tuhan Ku! Aku hamba Mu yang lemah lagi jahil! 

Alhamdulillah, tidur yang diganggu panggilan telefon jam 9.59pagi oleh rakan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja untuk ditemuduga membuatkan mata segar!

Sehinggakan terpinga pinga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Walaupun bukan pertama kali lewat ke tempat kerja, tetapi, merupakan pertama kali lewat teramat lewat teramat sangat!

Okey, relax, duduk sebentar, fikirkan apakah yang harus dilakukan. Baiklah, buat panggilan ke pejabat,  lebih baik mengaku daripada buntu, dan tahu, apa perlu dilakukan, itu bukan alasan untuk memonteng, banyak tugasan perlu dilakukan, kasihan anak bangsa yang menanti penuh ketekunan untuk menuntut secebis ilmu daripadaku.

Gagah, melangkah, untuk beribadah.




Kite : Maafkanku kerana lalai di muka bumi Mu. T_T

6 yang berkata kata:

KUREKURE COMEL said...

sabar ye...hope tabah hadapi ujian...

mina pulak jd sedih...

jeBateja said...

relax geng...kalau ada ujian ni....makna nya...ada le manisnya tuhan nak bg.....relax...relax.....err...minum teh jom....

Citarasa Rinduan said...

selamat berhujung minggu dik
kak ayu BW sambil telinga menangkap hujan yag lebat...


PS; semua makhluk yang bernama manusia tak lepas dari di duga,.

KatekateKite said...

mina :

terimakasih mina! =)

insyaAllah kite akan tabah =)

Alhamdulillah, ada family di sisi! membuatkan hati sungguh happy! =D

KatekateKite said...

jebat : eh! betollah! harinih sungguh manisssss sekali! ngeeeeee~

KatekateKite said...

kak ayu :

selamat berhujung minggu jugak untuk akak!

hujung minggu yang sungguh menarik buat kite!

*betul tu kak. bukan kite sorg yg diberi ujian kan? =)