12 February 2011

Mencari Teman Sejati

Assalamualaikum.......

harini kite nak mencari seorang teman / rakan / kawan yang sejati / baik / rapat . . .
kite rindu sangat nak ada kawan rapat, rakan baik, teman sejati . . .
nampak sangatkan kite ni takde kawan kan? huhuu . . . sedih, memang sedih kalau takde kawan.
tapi amat berbeza seorang kawan rapat dengan kawan biasa.
kawan memang ada, memang ramai, untuk mencari yang sejati amat sukar.

kite nak cari kawan, terutamanya berjantina wanita / perempuan.
umur yang lebih kurang sebaya / tak terlalu berumur, tak terlalu muda.
kerana mereka inilah yang mudah memahami perasaan dan jiwa sesama umur.
(eh, macam nak cari jodoh pulak kan. hahaha.)

bukan mudah untuk mencari seorang rakan yang sejati, yang boleh menemani, setiap saat dan hari,
sentiasa memahami, apa yang terjadi, diluar kawalan diri.

biarpun apa yang dihadapi, mereka sentiasa disisi, membuatkan diri rasa dihargai,
seperti raja dihati, seperti orang gila judi, tidak lengkap sehari, tanpa membeli, nombor yang dihajati, sehingga kalah mati, seperti Ngangkung punye movie, hingga anak disakiti.
(alamak! apa nih? macam dah lari. hahaha.)

berbalik kepada topik, mahu berentri tentang Teman Sejati, di mana ianya dicari? kemana kamu pergi?
daku menanti. kehadiranmu disisi. bila terasa sunyi. hati semakin sepi.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kawan sejati,

mereka yang boleh menumpangkan bahu untuk ku menangis, untuk ku mengadu.
mereka yang boleh berkongsi cerita di sana sini. pahit dan manis.






 Kawan sejati,

mereka yang sanggup berkongsi sepotong kek Secret Recipe sementara tunggu bas dinihari.
(masa nih takde duit, tapi teringin, sepotong jela, kongsi berdua)


Kawan sejati,

mereka yang memahami, pabila sedih, ditimpa masalah, "jom pergi pantai".
sampai lupa apa yang sedang dialami.
menemani bershopping walaupun takda duit sebenarnya.
tidur sebantal, juga sekatil.




 


Kawan sejati,

yang beriya2 mengajak kita minum kat Khaleel berbaju tido.
sama2 terpekik-pekik menyokong pasukan bola sepak hostel kami.
menari senamrobik walau orang tak puashati.


 


Kawan sejati,

menonton wayang bersama.
menyanyi lagu Teman Sejati hingga berlinang air mata semua.
sama2 menikmati angin pantai 3, 4 pagi.
on9 sampai limapagi dekat KFC.
makan kopok kat Tesco yang belum bayar lagi.
mereka yang memandu kereta mengambil jangung pada malam berhantu.
yang ibunya bersiap makanan bila kawan2 sampai rumah.



Gambar - cilok dari FB Dira Salim


Kawan sejati,

sama2 sakit bila disakiti.
sama2 tak tidur bila membuat kerja diberi.
gelak bersama tanpa menghirau mereka sekeliling.
meminjamkan kasut yang hilang sebelah kaki.
menumpangkan kereta ke sana kemari.



Kawan sejati,

terlalu banyak untuk disenaraikan disini.
sehingga rasa tak cukup tangan dan kaki untuk menaip isi isi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rindu dan sangat-sangat rindu!
merindukan kawan sejati.
amat pedih bila tiada lagi.
siapa siapa di sisi.
tinggalku  keseorangan diri.

6 yang berkata kata:

NADIRA SALIM said...

nampaknya saya ada di situ :)

KatekateKite said...

yea Dira, anda ada di situ, di sini, dan di hati ku jua! =)

NADIRA SALIM said...

mekaseh dear :)
luv ya so much..

KatekateKite said...

sesama laling! love u too! =)

wanigoku said...

waaa...teringat plak praktikal same2..sorry nurul, if i've done wrong to u, my
friend...

KatekateKite said...

tulaaa.... rindu kan masa2 tu?
takpe wani, nurul dah lupekan semua tu... dan nurul pon mintak maaf kat wani jugak kalau ada salah dan silap...

huhuu...sedih.