Perempuan/wanita jangan cakap berlapik lapik sangat dengan lelaki.
Kerana mereka takkan faham apa yang kita nak sampai kan.
Sifat semulajadi wanita, suka menyampaikan sesuatu dengan berlapik lapik. Susah nak cakap berterus terang.
Sedangkan sifat lelaki, suka dengar dan buat kesimpulan sepintas lalu, tanpa memikirkan secara mendalam.
Wanita sukakan sesuatu yang remeh temeh. Sangat sensitif.
Lelaki, lebih tepat dan pantas.
Oleh itu, kalau korang nak cakap dengan lelaki, tolonglah jangan berangan nak cakap berlapik. Cakap je terus terang, jangan malu2. Kalau malu, kau rugi!
Kite dah penah baca dah bende nih, tapi serius kite tak percaya sangat.
Kite ni memang jenis suke ckp berlapik2 kebanyakannya. Yelah, malu nak minta terus terang. Contohnya. . . .
"malam ni sate kmall"
"ermm.... minyak dah berkelip kelip"
"nak beli rantai ni"
"tudung ni cantikkan?"
"tadi sebelum balik, tak sempat makan"
Haaaa..... Semua di atas, jangan amalkan yer, sebabnya kalau kau orang dapat pasangan yang kurang memahami bahasa bunga bungaan atau kiasan nih, memang penat lah kau tunggu!
Bagi lelaki di luar sana. maksud ayat di atas adalah . . . .
"malam ni sate kmall"
Jom (blanje) makan sate dekat kmall!
"ermm.... minyak dah berkelip kelip"
Tolong isikan minyak.
"nak beli rantai ni"
Belikan saya rantai ni.
"tudung ni cantikkan?"
Kan best kalau awak belikan tudung nih.
"tadi sebelum balik, tak sempat makan"
Nak makan.
Hurmm...... Di atas, contoh contoh ayat kiasan atau lapik lapik. . . .
Elakkan lah.
Kerana lelaki memang tak faham dan takkan pernah faham dan tak mungkin akan faham.
Jangan ingat lelaki sama macam wanita.
Hati naluri mereka sangat sangat berbeza dengan kita.
Kita mungki boleh memohon maaf dan memaafkan dengan mudah.
Tetapi tidak bagi mereka. Mohon maaf pun susah, memaafkan pun susah.
(Yang tu tambahan)
(Sambungan) Ermm...... Sebab tulah boleh timbulnya pelbagai pertanyaan, atau kekadang ketidakhirauan.
Jadi, kalian jangan lah terlalu mengambil hati atau menyalahkan mereka. Kerana itu memang sifat semulajadi mereka.
Jadi, sila salahkan diri anda sendiri, sebab itu memang salah kita kerana tidak memahami naluri seorang lelaki yang tidak sukakan bahasa kiasan.
Sekian.
Sila ambil iktibar.
Bagi lelaki dan wanita.
Wassalam.
Selamat Malam.