Bila sepi begini, barulah mahu mencari tempat untuk meluahkan rasa.
Sampaikan hati berkata, kau sedang berduka, muka masam mencuka, walau ada sinar ceria, tapi kau tak bahagia.
Kau simpan semat dalam hati, yang kau sebenarnya terluka, ada yang membuat kau terasa, tapi kau tetap mahu menanti hingga saat kata maaf itu tiba. Bukan kau tidak tahu, atau faham, bila ego merata, manakan ada maaf dipinta.
Hanya menanti hari hari berlalu tiba, dengan segala emosi kau bermanja, segala kata kata terngiang ditelinga, segala pahit maung terasa.
Masih menantikan kemanisan itu kembali jua, dengan harapan yang membara, dengan impian yang dibina, dengan rasa kekuatan diri yang berupaya, sehingga aku akan berjaya.
4 yang berkata kata:
awat sedih semacam ja? pi mna lma xdak entri baru
asik melayan FB, lama lama boring =p
rindu alam blog! =D
laaa/.balik2 terus jiwang leleh
@JIJI YU
Hahahaa... Datang time time jiwang je! =p
Post a Comment